Berita Harian

Pasukan khas teliti hak, keistimewa­an Sarawak

Urus perbincang­an peringkat lebih tinggi babit Perlembaga­an Malaysia

- Oleh Mohd Roji Kawi

Sebuah pasukan petugas peringkat tertinggi bakal ditubuhkan, khusus bagi meneliti semua segala hak dan keistimewa­an negeri ini yang termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata inisiatif itu bagi mengelak berlaku pertindiha­n peranannya dengan jawatankua­sa sedia ada yang menyelaras proses penurunan kuasa pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n kepada kerajaan negeri.

Beliau menjelaska­n pasukan petugas itu bertanggun­gjawab untuk mengadakan perbincang­an dan menetapkan keputusan yang membabitka­n kepimpinan yang lebih tinggi berhubung Perlembaga­an Malaysia.

“Jawatankua­sa teknikal yang ditubuhkan sebelum ini pula bertanggun­gjawab untuk mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutua­n mengenai penurunan kuasa pentadbira­n.

“Pasukan petugas peringkat tinggi itu akan menjalanka­n perbincang­an mengenai perlembaga­an dan peranan mereka lebih tinggi sedikit berbanding jawatankua­sa yang ditubuhkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Konvokesye­n Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (I-CATS) Ke-20 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, kelmarin.

Bakal temui PM

Abang Johari ketika mengulas lanjut, berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membincang­kan mengenai pembentuka­n pasukan petugas peringkat tinggi itu tidak lama lagi.

“Kita akan membuat pengumuman mengenainy­a (penubuhan pasukan petugas peringkat tinggi selepas pertemuan dengan Perdana Menteri itu,” katanya tanpa menyatakan tarikh sebenar pertemuan itu akan diadakan.

Penubuhan pasukan petugas peringkat tinggi itu yang akan meneliti hak Sarawak mengenai wilayah dan sumber asli diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, baru-baru ini.

Dalam cadangan sebelum ini, Sarawak mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau menteri kanan lain untuk mewakili Kerajaan Persekutua­n dalam pasukan petugas itu.

Dokumen penting

Bagi mewakili Kerajaan Sarawak dalam jawatankua­sa peringkat tertinggi itu, Abang Johari menamakan tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu, Tan Sri Dr James Jemut Masing, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang menganggap Perjanjian Malaysia 1963 tidak penting, Abang Johari berkata, beliau tetap berpegang kepada prinsipnya bahawa ia adalah satu dokumen yang amat penting.

Abang Johari berkata, semua pihak harus memahami kepentinga­n dokumen Perjanjian Malaysia 1963 yang antara lain menggarisk­an hak wilayah Sarawak, Sabah dan negeri-negeri di Semenanjun­g.

 ?? [FOTO JANNAH KHO/BH] ?? Cathlynena Asan, 21, bergambar bersama keluarga selepas Majlis Konvokesye­n PPKS dan I-CATS Ke-20 di BCKK, Kuching, semalam.
[FOTO JANNAH KHO/BH] Cathlynena Asan, 21, bergambar bersama keluarga selepas Majlis Konvokesye­n PPKS dan I-CATS Ke-20 di BCKK, Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia