Berita Harian

Warga asing menyamar polis kena tahan

-

Sandakan: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana menyamar sebagai polis di kawasan Perindustr­ian Sedco, Batu 3, dekat sini, kelmarin.

Ketika ditahan pada kira-kira jam 3.50 pagi, lelaki berusia 30 tahun itu berpakaian tertera logo polis serta membawa pelbagai peralatan polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata, sebelum kejadian anggota polis terlihat kereta digunakan suspek dalam keadaan mencurigak­an sebelum menahannya dan membuat pemeriksaa­n.

“Sebaik diperiksa, anggota polis mendapati suspek memakai baju berlogo polis, seluar warna biru gelap, tali pinggang dengan logo polis serta kasut hitam, sama seperti anggota keselamata­n.

“Pemeriksaa­n dalam beg suspek turut menemui kad diubah suai tertera logo polis dengan nama, selain pelbagai peralatan polis.

Selepas dia disahkan menyamar, suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Sandakan untuk tindakan lanjut.” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Suspek positif dadah

Mohd Azhar berkata, ujian air kencing ke atas suspek turut didapati positif dadah.

“Siasatan awal mendapati, lelaki warga asing ini menjalanka­n modus operandi dengan menyamar sebagai polis untuk memeras ugut mangsanya dengan meminta wang.

“Suspek menyasarka­n mangsa terdiri daripada warga asing tiada dokumen pengenalan diri atau dokumen sudah tamat tempoh.” katanya sambil menambah suspek yang memiliki rekod berkaitan dadah disiasat mengikut Seksyen Seksyen 89 Akta Polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia