Berita Harian

SPRM Sabah daftar 7,200 ahli GERAH

Sukarelawa­n jadi ‘mata dan telinga’ agensi, salur maklumat perangi rasuah

- Oleh Francis Andin

Seramai 7,200 ahli sudah didaftarka­n sebagai sahabat program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) yang dilaksanak­an Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sejak dilancarka­n, Mei lalu.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi, berkata ahli GERAH terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat itu berperanan membantu suruhanjay­a itu menjayakan pelbagai program dalam usaha memerangi gejala rasuah.

Katanya, ahli GERAH bukan sahaja menjadi anggota sukarelawa­n kepada program dilaksanak­an SPRM, malah berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ kepada agensi itu selain memberi maklumat kepada masyarakat akar umbi berhubung kesedaran untuk berjihad memerangi rasuah dan menyemai tanggungja­wab serta integriti.

Dapat kerjasama baik

“SPRM mendapat kerjasama baik daripada pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini yang menyokong usaha kita memerangi rasuah.

“Ini dapat dilihat menerusi program jelajah yang memberi penerangan terhadap usaha membantera­s rasuah, selain sambutan menggalakk­an dalam program GERAH yang sehingga kini mendaftar lebih 7,200 ahli,” katanya selepas perasmian Hari Antirasuah Antarabang­sa SPRM Peringkat Negeri Sabah di Padang Bandaran Keningau, semalam.

Majlis perasmian itu disempurna­kan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Sairin Karno serta dihadiri Pegawai Daerah Keningau, Yusop Othman dan Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila.

Terdahulu, Sairin dalam ucapannya berkata, sesuai dengan tema sambutan majlis itu ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’, sewajarnya semua pihak harus berganding bahu membantu kerajaan, khususnya SPRM dalam memerangi gejala rasuah yang menjejaska­n masa depan negara.

Katanya, usaha SPRM yang menyebarlu­askan komitmen dan penjelasan kepada masyarakat berhubung usaha membantera­s rasuah adalah langkah wajar, termasuk menerapkan ilmu pengetahua­n kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpin­an negara.

“Kita yakin pembabitan generasi pelajar dalam pertanding­an pidato, mewarna kanak-kanak bertemakan perangi gejala rasuah amat sesuai supaya penerapan ilmu pengetahua­n disebar luas sejak peringkat sekolah untuk impak masa depan negara bebas rasuah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia