Berita Harian

Kadar jenayah di Kuching catat penurunan

-

Kuching: Tindakan proaktif yang dilaksanak­an Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya menurunkan kadar jenayah di daerah pentadbira­nnya sepanjang tempoh 11 bulan tahun ini.

Penurunan itu didorong kejayaan polis Kuching menumpaska­n tujuh kumpulan penjenayah yang sebelum ini aktif dalam kes curi kenderaan, rompak dan samun.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam tempoh Januari hingga 29 November ini, sebanyak 1,425 kes jenayah direkodkan.

Beliau berkata, jumlah itu menurun 29 kes berbanding 1,454 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Penurunan ketara dicatatkan dalam kes jenayah jalanan dengan 83 kes tahun ini berbanding 128 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Kejayaan itu dicapai dengan tumpasnya tujuh kumpulan penjenayah tahun ini,” katanya pada perbarisan bulanan IPD Kuching, di sini semalam.

Abang Ahmad berkata, tujuh kumpulan penjenayah terbabit ialah Geng Baja yang terbabit dalam kes curi kenderaan dan Geng Yem@lebi yang terbabit dalam kes curi dalam bangunan dengan tumpuan mereka stesen minyak.

Tempoh cemerlang IPD Kuching

Turut ditumpaska­n ialah Geng Kaza yang terbabit dalam kes samun kedai serbaneka, Geng Viva dan Geng Faqrull yang aktif dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam, Geng Dido yang melakukan beberapa kes samun hotel bajet serta Geng Idris/bacok yang terbabit dalam kes curi motosikal.

“Tempoh 11 bulan ini cukup cemerlang bagi IPD Kuching dan kejayaan ini adalah hasil usaha semua pihak terutama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, semua balai dan anggota peronda serta kerjasama orang ramai yang menyalurka­n maklumat.

“Selain kejayaan menurunkan kadar jenayah indeks, kita juga berjaya melaksanak­an tanggungja­wab menyediaka­n kawalan keselamata­n untuk beberapa pemimpin asing yang mengadakan lawatan ke Kuching tahun ini antaranya Putera Charles, Presiden Joko Widodo dan Sultan Brunei serta kejayaan memastikan kelancaran Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) baru-baru ini tanpa sebarang insiden,” katanya.

 ?? JANNAH KHO ??
JANNAH KHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia