Berita Harian

3 wanita China tawar khidmat seks ditahan

-

Kota Kinabalu: Polis menahan tiga wanita warga China kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran menerusi serbuan Op Noda di sebuah rumah penginapan di Kampung Air, malam semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 8 malam itu, tiga wanita berusia 38 hingga 45 tahun terbabit ditahan sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu susulan maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Salah guna pas lawatan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata tiga wanita itu dipercayai terbabit secara langsung dengan aktiviti menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di rumah penginapan berkenaan.

“Tiga suspek itu difahamkan menyalahgu­nakan pas lawatan sosial mereka di negeri ini dengan menawarkan khidmat berunsurka­n seks kepada pelanggan,” katanya di sini, semalam.

Chandra berkata, semua suspek kini ditahan di IPD Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Semua suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menjalanka­n aktiviti maksiat/pelacuran dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgu­nakan dokumen perjalanan.

“Polis turut merakamkan penghargaa­n kepada orang ramai yang menyalurka­n maklumat sehingga tertangkap­nya semua suspek dalam serbuan itu.

“Kita akan sentiasa memantau setiap aktiviti tidak bermoral di mana-mana rumah penginapan di daerah ini dalam usaha menangani kegiatan haram terbabit daripada terus berleluasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia