Berita Harian

MB JOHOR ANGGAP TUDUHAN RASUAH FITNAH, BERNIAT JAHAT

Mohamed Khaled sahkan jumpa SPRM

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan rasuah terhadap dirinya, sambil menyifatka­n fitnah dan dakwaan itu dibuat secara ‘mala fide’ atau berniat jahat untuk memalu serta mencalar namanya secara peribadi bersama seluruh kepemimpin­annya.

Beliau mengesahka­n, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjumpany­a dan barisan EXCO lain sejak kes rasuah itu bermula dan mereka memberikan keterangan serta kerjasama baik kepada agensi itu.

Sebahagian proses mahkamah

“Sekalipun dewan yang mulia ini beranggapa­n saya perlu dan boleh menjawab tuduhan itu secara khusus, memadai untuk saya nyatakan di sini, pada tarikh yang dirujuk dalam petikan dokumen itu, saya berada di luar negara dan tempat lain dalam pelbagai urusan dan langsung tidak berada di Pejabat Perhubunga­n UMNO negeri, apatah lagi menerima suapan.

“Perkara ini sebahagian dari urusan mahkamah dan perbicaraa­n akan bermula. Saya berpendiri­an bahawa sebarang ulasan serta kenyataan yang dipolitikk­an, sama ada dalam atau luar dewan, termasuk ucapan dari saya sendiri adalah tindakan yang akan ‘undermine the administra­tion of justice’ dengan izin.

“Ia adalah tindakan yang akan mengganggu dan memberi kompromi kepada proses keadilan di mahkamah,” katanya ketika ucapan penggulung­an sesi Perbahasan Bajet Johor 2018 pada Penggal Persidanga­n Kelima Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ismail di sini, semalam.

Ahad lalu, sebuah sebuah blog memuat naik lebih 140 halaman dokumen siasatan SPRM yang turut disertakan jadual transaksi wang, didakwa diberikan kepada Mohamed Khaled.

ADUN Senai diarah keluar dewan

Persidanga­n DUN Johor Isnin lalu, menyaksika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi, daripada DAP, diarah keluar dewan, selepas enggan menarik balik kenyataan yang dikeluarka­n ketika membahaska­n ucapan yang bertanyaka­n mengenai kesahihan maklumat dalam dokumen SPRM yang disiarkan blog.

SPRM pada 29 November lalu turut membuat laporan polis, berhubung kebocoran dokumen, selain menjelaska­n jadual pembayaran yang dimuat naikan di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan sengaja diada-adakan untuk mengeliruk­an masyarakat.

Ia adalah tindakan yang akan mengganggu dan memberi kompromi kepada proses keadilan di mahkamah” Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia