Berita Harian

POLIS TUMPAS SINDIKET DADAH, RAMPAS WANG, KERETA MEWAH HAMPIR RM1 JUTA

Suspek dipercayai tali barut kes culik tebusan didalangi kumpulan Remy

- Oleh Ainul Durmahyant­y Durming bhnews@bh.com.my

Lelaki yang ditembak mati oleh pasukan keselamata­n di perairan laut Silam, Lahad Datu, awal pagi semalam, dipercayai ahli kumpulan Abu Sayyaf berpangkat komander.

Abu Paliyak, 31, atau lebih dikenali sebagai Komander Paliyak @ Yusuf ditemui mati di atas bot dipandunya dengan beberapa kesan tembakan di tubuhnya.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata siasatan mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar 2014.

“Pemeriksaa­n ke atas badan suspek mendapati ada hampir sembilan parut lama dipercayai kesan tembakan dan terkena bahan letupan di paha kanan, perut dan lengan kanan.

Jari tengah dikesan putus

“Jari tengah kiri suspek juga dikesan putus berikutan kecederaan lama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di sini, semalam.

Yang turut hadir, Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, dan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Yazib Abdul Aziz.

Ramli berkata, suspek dipercayai adalah tali barut kes culik untuk tebusan (KFR) didalangi kumpulan Remy yang aktif melakukan jenayah rentas sempadan di selatan Filipina dan pantai timur Sabah.

“Suspek dipercayai keluar ke laut bagi membuat pemerhatia­n pergerakan pasukan keselamata­n dan menyalurka­n maklumat itu kepada kumpulan KFR bagi melakukan jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“Polis akan menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengesan sakibaki tali barut dan ahli kumpulan yang masih bebas,” katanya.

Ramli berkata, ketika kejadian, pasukan keselamata­n merangkumi pasukan khas ESSCOM dan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu yang menjalanka­n rondaan di perairan Pulau Kantong Kalungan, di sini, mengesan bot dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigak­an.

“Apabila dihampiri, pemandu bot tiba-tiba memecut dan melepaskan satu das tembakan, menyebabka­n pasukan keselamata­n melepaskan tembakan balas.

Ditemui terbaring dalam bot

“Selepas beberapa minit, polis menghampir­i bot suspek dan seorang lelaki ditemui terbaring dalam bot berkenaan dengan kesan tembakan,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n menemui selaras senapang patah yang diubah suai bersama sebutir kelongsong peluru dan sebutir peluru 12 bore.

Ramli berkata, kejadian suspek ditembak mati membawa kepada penyelesai­an beberapa kes rompakan di laut dan penculikan dalam kawasan ESSZONE pada 2014 dan 2015.

Siasatan mendapati suspek terbabit dalam beberapa kes rompakan dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar 2014” Ramli Din, Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ??
 ?? [FOTO AINUL DURMAHYANT­Y DURMING/BH] ?? Ramli (tengah) menunjukka­n senjata api digunakan Abu Paliyak pada sidang media di Lahad Datu, semalam.
[FOTO AINUL DURMAHYANT­Y DURMING/BH] Ramli (tengah) menunjukka­n senjata api digunakan Abu Paliyak pada sidang media di Lahad Datu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia