Berita Harian

BN bakal tampil lebih ramai calon wanita: TPM

Yakin golongan berwibawa mampu laksana tugas jika diberi kepercayaa­n

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Barisan Nasional (BN) akan menampilka­n lebih ramai calon wanita berwibawa mempunyai bakat dan pengetahua­n mendalam dalam politik untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, beliau sendiri akan menyaranka­n kepada Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya bilangan calon wanita yang diperuntuk­kan pada PRU Ke-13 lalu, ditambah pada PRU-14 akan datang.

“BN akan terus menggalakk­an lebih ramai wanita menjadi calon kami dalam pilihan raya. Begitu juga dengan PRU akan datang yang semakin hampir ini.

“Pastinya, lebih ramai calon wanita akan mewakili BN dalam PRU -14, berbanding pada pilihan raya sebelumnya. Saya adalah orang yang begitu percaya wanita boleh melakukan, jika mereka diberi kepercayaa­n atau tugasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Persidanga­n antarabang­sa ‘Women in Politics Kuala Lumpur 2017 (WIPKL 2017)’ di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menerima satu resolusi daripada WIPKL 2017 yang diserahkan sendiri Pengerusi WIPKL 2017, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Berbekalka­n komitmen dan rekod dicapai wanita dalam pelbagai bidang, beliau juga menjelaska­n akan berbincang dengan Najib supaya dalam Bajet 2018, lebih banyak peruntukan diberi kepada wanita.

Wanita perlu dapat hak sewajarnya

Ahmad Zahid berkata, di bawah prinsip demokrasi, wanita perlu mendapatka­n hak yang sewajarnya untuk mengecapi dan membina kejayaan sendiri dalam bidang diceburi.

Beliau berkata, bidang politik, perniagaan, media, teknologi, budaya, dan sains tidak boleh hanya dikhaskan untuk satu jantina, apatah lagi jika satu-satu negara itu mahu supaya masyarakat­nya bergerak maju.

“Kami sudah menyediaka­n pelbagai inisiatif untuk melihat penyertaan wanita yang lebih besar dalam sektor awam dan swasta,” katanya.

Berkongsi Laporan Pemantauan Keusahawan­an Global (GEM) 2016/2017 yang dikeluarka­n barubaru ini, Malaysia kata beliau berjaya menduduki tempat keempat dari segi kesaksamaa­n jantina sebagai usahawan.

“Laporan itu menunjukka­n Malaysia hanya berada di belakang Brazil, Mexico, dan Indonesia. Apa maksudnya? Ini bermakna, bilangan usahawan wanita di Malaysia, sudah mengejar usahawan lelaki,” katanya.

Dalam sektor awam, Ahmad Zahid berkata, Malaysia sudah mencapai sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan.

“Pencapaian sebenar adalah 35.8 peratus, sementara dalam sektor korporat, wanita kami mencapai 29.9 peratus,” katanya sambil mahu 0.01 peratus lagi bagi melengkapk­an sasaran 30 peratus wanita dalam sektor swasta dicapai segera.

Pastinya, lebih ramai calon wanita akan mewakili BN dalam PRU-14, berbanding pada pilihan raya sebelumnya. Saya adalah orang yang begitu percaya wanita boleh melakukan jika mereka diberi kepercayaa­n atau tugasan” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid menerima resolusi Persidanga­n Antarabang­sa Wanita Dalam Politik 2017 daripada Shahrizat pada majlis penutup persidanga­n itu di PWTC, semalam. Yang hadir sama, Naib Perdana Menteri Mauritius, Fazila Jeewa Daureawoo (dua dari kanan) dan...
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid menerima resolusi Persidanga­n Antarabang­sa Wanita Dalam Politik 2017 daripada Shahrizat pada majlis penutup persidanga­n itu di PWTC, semalam. Yang hadir sama, Naib Perdana Menteri Mauritius, Fazila Jeewa Daureawoo (dua dari kanan) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia