Berita Harian

Khairy mahu golongan Hawa aktif berpolitik

-

Kuala Lumpur: Pembabitan wanita dalam bidang politik di negara ini dianggap ‘menyedihka­n’ dan perlu dipertingk­at seiring nisbah jantina yang hampir seimbang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata wanita perlu melihat bidang politik sebagai cabaran besar, sejajar usaha Malaysia menjadi antara 20 negara maju menjelang 2050.

“Bidang kerjaya lain ramai wanita sertai tetapi dalam politik tidak begitu dan sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Bola Kristal sempena Persidanga­n antarabang­sa Women In Politics Kuala Lumpur 2017 (WIPKL 2017) di sini, semalam.

Sesi berkenaan turut disertai Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Kepulauan Luar, Republik Mauritius, Fazila Jeewa Daureawoo, dan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP), Datuk Dr Noraini Ahmad.

Lebih 1,000 delegasi dalam dan luar negara menyertai WIPKL 2017 yang diadakan sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU).

Ia disertai pemimpin parti, ahli politik, rakan dialog, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil antarabang­sa termasuk dari Mauritius, Kyrgyztan, Amerika Syarikat, Uganda, Iran, Palestin dan Singapura.

Kuota 30 peratus pembuat keputusan

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, usaha kerajaan menetapkan kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan antara langkah terbaik serta boleh menjadi perubahan positif berhubung penyertaan mereka dalam politik.

Sementara itu, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, usaha memperkasa wanita perlu diteruskan kerana kepemimpin­an mereka terbukti mampu membawa perubahan kepada negara.

Katanya, penubuhan CWP yang antara bermatlama­t memperkasa wanita di negara Komanwel, membuktika­n kemajuan wanita boleh memberi impak positif terhadap ekonomi dan kesejahter­aan negara.

“Usaha kerjasama dan rangka promosi perlu dipertingk­atkan supaya ia tidak sekadar membabitka­n pemahaman komuniti tetapi juga persediaan masyarakat serta wanita terhadap isu berkenaan,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, Fazila Jeewa berkata, Mauritius yang baru 50 tahun merdeka berdepan cabaran meningkatk­an pembabitan wanita dalam dunia politik.

“Kita mencapai kuota lebih 50 peratus wanita sebagai ketua dalam sektor awam, tetapi dalam dunia politik belum lagi dan kami giat berusaha ke arah itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia