Berita Harian

Puteri sasar capai 500,000 keahlian

-

Kuala Lumpur:persiapan dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) menjadi usul utama bakal dibahaskan Pergerakan Puteri UMNO pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU 2017).

Ketua Penerangan­nya, Haryaty Hamdzah, berkata fokus terhadap persiapan PRU-14 adalah antara tiga usul utama yang akan dibentangk­an perwakilan sayap berkenaan.

Katanya, Puteri juga akan memberi tumpuan kepada usaha menarik keahlian baharu memandangk­an ia adalah tahun terakhir bagi kumpulan pertama sejak sayap itu ditubuhkan kira-kira 16 tahun lalu.

“Tahun depan, kumpulan pertama ini akan beralih ke Pergerakan Wanita. Justeru, untuk memastikan kesinambun­gan pimpinan dalam Puteri, kami mengharapk­an penyertaan lebih ramai ahli baharu yang memiliki daya juang tinggi.

Puteri masih disenangi

“Berdasarka­n maklum balas aktiviti dilaksanak­an, kami yakin Puteri masih disenangi dan diterima wanita muda kerana ia memberi peluang mereka berada dalam barisan pimpinan arus perdana,” katanya kepada BH.

Haryaty berkata, pergerakan itu menyaksika­n hampir 20 peratus penghijrah­an ahli ke Wanita setiap tahun dan menyasarka­n penyertaan 500,000 ahli secara keseluruha­n.

“Kita mengatur pelbagai program bagi menarik keahlian wanita muda bukan saja dalam Puteri tetapi juga menyertai komponen Barisan Nasional (BN),” katanya.

Puteri kini memiliki kira-kira 390,000 ahli.

Selain usul politik, katanya, Puteri

 ??  ?? Haryaty Hamdzah
Haryaty Hamdzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia