Berita Harian

Puteri lancar kempen perangi penderaaan kanak-kanak

Skuad SAFE jelajah seluruh negara tingkat kesedaran wanita isu keganasan seksual

- Oleh Norhafzan Jaafar dan Saadiah Ismail

Biro Perundanga­n Profesiona­l Puteri UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan, Puteri Legal melancarka­n Kempen Hentikan Penderaan Untuk Semua Demi Keselamata­n dan Persekitar­an Selamat (SAFE) dalam usaha memerangi penderaan kanakkanak, khususnya penderaan seksual.

Pelancaran kempen kesedaran itu dan kenderaan rasmi Skuad SAFE yang merupakan lori kecil berwarna merah jambu disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017.

Guna media sosial tingkat kesedaran

Skuad SAFE akan menjelajah seluruh negara untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai khususnya wanita mengenai keganasan dan penderaan seksual, termasuk melalui media sosial.

Pengerusi Biro Perundanga­n Profesiona­l Puteri UMNO, Natassia Roslan, berkata kempen SAFE turut memberi peluang kepada orang ramai terbabit secara interaktif dan mendapatka­n maklumat menangani situasi berkenaan.

“Penderaan seksual dilihat satu ancaman yang semakin membimbang­kan dalam masyarakat hari ini. Kanak-kanak secara tidak disedari cukup mudah terdedah kepada penderaan seksual menerusi media sosial.

Jadi kempen ini diharapkan mampu menjadikan masyarakat supaya bersikap pro aktif menanganin­ya,” katanya kepada BH.

Natassia berkata, kempen itu menyasarka­n penyertaan 300 peserta termasuk belia, pelajar dan ibu bapa muda.

“Lori merah jambu ini akan menjadi pengangkut­an rasmi skuad SAFE untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi kesedaran terhadap kempen.

“Kami menawarkan khidmat lori ini untuk orang ramai mengadakan kempen yang sama di tempat awam termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi,” katanya.

Program itu dijalankan dengan kerjasama Tabung Kanakkanak Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNICEF) dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk PS The Children, Monsters Among Us, Shefights dan Art Market.

Turut diadakan adalah demonstras­i membela diri dari serangan oleh pelakon, Norman Hakim.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia