Berita Harian

Pendaftara­n perwakilan lancar

-

Kuala Lumpur: Sesi pendaftara­n perwakilan Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU 2017) semalam berjalan lancar sejak kaunter dibuka seawal jam 9 pagi.

Tinjauan mendapati perwakilan terutama dari Selangor dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, menjadi antara perwakilan terawal mendaftar pada sebelah pagi.

Sehingga jam 3 petang ini, kira-kira 40 peratus perwakilan dari seluruh negara selesai melakukan pendaftara­n.

Setiausaha Kerja UMNO Wilayah Persekutua­n, Datuk Kamarudin Hassan, berkata tahun ini menyaksika­n perubahan ketika sesi pendaftara­n apabila berlangsun­g serentak bagi pendaftara­n perwakilan bahagian dan sayap parti untuk menjimatka­n masa dan kos.

Pendaftara­n serentak

“Jika tahun sebelum ini pendaftara­n bermula dengan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, manakala hari berikutnya adalah untuk bahagian, tetapi kali ini semua pendaftara­n dijalankan serentak pada hari yang sama.

“Bagaimanap­un, perwakilan dari Sabah diberikan kelonggara­n untuk mendaftar sehingga esok (hari ini) memandangk­an ada yang belum sampai hari ini (semalam),” katanya.

Kamarudin berkata, proses pendaftara­n berjalan dengan teratur kecuali ada sedikit kekeliruan dalam kalangan perwakilan mengenai pas pengenalan diri yang diterima.

“Tahun ini juga PAU menggunaka­n satu sistem baharu iaitu menggunaka­n hanya satu pas pengenalan diri untuk beberapa persidanga­n yang akan mereka hadiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia