Berita Harian

Siasat rasuah perlu babit sektor swasta, korporat

Wajar meterai Ikrar Bebas Rasuah seperti sektor awam

-

Mohd Azrone Sarabatin

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menumpukan usaha membantera­s rasuah dalam sektor swasta dan korporat, di samping perhatian terhadap sektor awam, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sektor swasta dan korporat tidak harus dibiar terlepas daripada siasatan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa.

Katanya, sektor berkenaan wajar memeterai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM seperti dilaksanak­an sektor awam.

Beliau berkata, rasuah dan penyalahgu­naan kuasa perlu dibanteras menyeluruh dan ke akar umbi sehingga tiada yang terlepas hukuman terutama pemberi rasuah.

“Apa sekalipun istilah digunakan mengenai rasuah, ia tetap penyalahgu­naan kuasa yang perlu dibanteras. Ada yang menyebutny­a ‘wang pelincir’ dengan pemberi memberi alasan ia bukan rasuah, tetapi sagu hati untuk melicinkan kerja mereka.

Fokus pemberi rasuah

“Pastikan bukan saja penerima rasuah menerima hukuman, sebaliknya fokus juga pemberi rasuah. Ramai penerima rasuah ditahan SPRM, tetapi pemberi terselamat sedangkan tanpa pemberi tiada penerima,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap merasmikan wacana Kemuncak Pengupayaa­n Generasi Muda (MES) 2017 anjuran Majlis Presiden Biro Pelajar Luar Negara (BPLN), di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengerusi BPLN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Timbalan Menteri Luar.

Program sehari sempena Perhimpuna­n Agung UMNO itu menarik penyertaan 500 peserta dengan ‘Rasuah’ menjadi topik utama perbincang­an berikutan isu itu menjadi fokus di negara ini, sekali gus mencari rangka kerja komprehens­if untuk memerangin­ya di peringkat akar umbi.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menjalanka­n Tugas-tugas Timbalan Presiden, turut memberi gambaran bagaimana hutan simpan kekal ditukar status untuk kegunaan lain di negeri ditadbir pembangkan­g.

Tanpa menjelaska­n negerinya secara spesifik, beliau mahu SPRM menyiasat kes berkenaan.

“Bagaimana kawasan hutan simpan kekal ditukar status sedangkan Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia