Berita Harian

Formula calon langsung elak sabotaj dalaman, cah keting

Penganalis­is yakin kaedah mampu tarik sokongan pengundi atas pagar

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Pendekatan Barisan Nasional (BN) memilih calon langsung, terutama bagi kerusi yang menjadi rebutan, seperti Cameron Highlands, boleh memberi kelebihan kepada komponen itu, malah menghalang wujudnya unsur sabotaj dalaman dan tindakan cah keting sehingga menjejaska­n pergerakan jentera serta kelicinan kempen.

Penganalis­is politik, Prof Dr Sivamuruga­n Pandian, berkata perubahan demografi dan geografi menyaksika­n metodologi calon langsung ini amat sesuai, malah mampu mendekati dan menarik sokongan pengundi atas pagar.

“Ketika peratusan kelompok pengundi tidak berkeparti­an semakin meningkat, calon langsung yang tiada berkeparti­an barangkali akan menjadi pilihan di kawasan bersesuaia­n.

“Pendekatan strategik ini relevan apabila setiap kerusi yang menjadi keutamaan dan boleh menang, tidak hilang disebabkan kemelut dalaman dan bukan berpunca daripada kekuatan pihak lawan,” katanya.

Sivamuruga­n berkata, penggunaan calon langsung juga dapat meredakan serangan terhadap parti kerana ia bergantung kepada kewibawaan personalit­i itu sendiri dan jika individu yang ditampilka­n itu disegani serta disukai ramai, impaknya besar.

Atasi perebutan

Beliau mengulas mengenai cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk memperkena­lkan calon langsung bagi menyelesai­kan perebutan di beberapa kerusi termasuk Cameron Highlands di antara MIC dan MYPPP.

Bagaimanap­un, Sivamuruga­n berkata, BN juga perlu berhati-hati kerana calon tidak berkeparti­an ini mempunyai kemungkina­n untuk melompat atau keluar daripada BN dengan mudah, melainkan mereka terikat dengan peraturan atau menyertai mana-mana parti komponen selepas pilihan raya umum.

Sivamuruga­n yang juga Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Penganalis­is politik Kemasyarak­atan, Universiti Sains Malaysia (USM), menjelaska­n formula kejayaan kepada pendekatan calon langsung ini dilihat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum ini.

“Formula calon langsung pernah diamalkan dan berjaya. Rujukan terkini adalah PRN Sarawak. Calon langsung menjadi pengimbang antara dua parti bertelagah di kerusi sama.

“Seperti keputusan Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu dan Mulu apabila bekas ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dipilih sebagai calon langsung selepas kawasan itu menjadi rebutan di Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP),” katanya.

Reputasi, kredibilit­i

Beliau berkata, sejauh mana pendekatan ini berjaya, bergantung kepada calon berparti yang tidak dipilih, bersetuju untuk digugur daripada senarai calon dan memberi sokongan kepada calon langsung.

“Kebarangka­lian menang lebih besar ada, supaya reputasi dan kredibilit­i menjadi pertaruhan dan mengelak pergeseran dalaman menjadi bahan kempen lawan. Apapun dalam konteks BN, ia juga bergantung kepada persetujua­n bersama supaya tidak mengundang masalah sampingan sesama mereka dalam semangat satu keluarga besar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia