Berita Harian

SUPP, UPP mahu letak calon PRU-14

-

Kuching: Episod perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak, kembali berlanjuta­n di antara dua parti ‘adik beradik’, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Walaupun SUPP dilihat sudah beralah dengan memberi laluan kepada tujuh wakil UPP bertanding sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN) ketika PRN-11 pada Mei lalu, membabitka­n kerusi Mambong; Opar; Engkilili; Dudong; Bawang Assan; Pelawan dan Pujut, namun SUPP dilihat berkeras mahu mempertaha­nkan tujuh kerusi Parlimen pada PRU-14.

Kerusi Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri, adalah sasaran SUPP. Bagaimanap­un, semua kerusi berkenaan turut diintai UPP.

Disifatkan ‘cakap-cakap’

Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian, berkata kemungkina­n BN Sarawak meletakkan calon langsung pada PRU-14 disifatkan sebagai ‘cakap-cakap’ sahaja.

“Mengikut prinsip BN, hanya calon daripada parti komponen sahaja dibenarkan bertanding di bawah tiket BN. Sekiranya, ia (calon langsung BN) mahu diletakkan sebagai wakil BN, mesti ada persetujua­n dibuat Majlis Tertinggi BN,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SUPP, di sini semalam.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamdi, berkenaan kemungkina­n BN menimbang meletakkan calon langsung pada PRU-14 akan datang.

Sementara itu, sumber UPP berkata, parti terbabit mahu meletakkan calon mereka pada PRU-14 kerana prestasi memberangs­angkan pada PRN-11 selepas menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong; Opar; Engkilili; Dudong dan Bawang Assan.

“Kami sudah mengemukak­an senarai calon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia