Berita Harian

Kaedah terbaik jamin kemenangan

-

Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon langsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika langkah itu diyakini mendapat sokongan parti dan rakyat di kawasan yang akan ditandingi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pengalaman ketika pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu mendapati ia adalah kaedah yang baik untuk menjamin kemenangan BN.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata sebarang Tengku Adnan pertikaian atau masalah berbangkit di antara parti komponen BN berhubung perkara ini akan dibincangk­an untuk memperoleh keputusan konsensus.

Calon diterima parti, rakyat

“Ya. Kita sedia meletakkan calon langsung dalam PRU-14 nanti. Kita sudah gunakan di Sarawak dan ia adalah kaedah yang baik untuk parti.

“Yang penting calon itu diterima parti dan mendapat sokongan rakyat di kawasan yang ditandingi. Tidak ada masalah. Soal siapa akan menjadi calon itu masih terlalu awal untuk dibincangk­an.

“Kalau ada komponen tidak bersetuju, kita akan bincangkan. Macam mana awak tahu akan ada parti komponen yang tidak setuju? Jangan sembaranga­n cakap,” katanya.

Beliau berkata kepada BH selepas pelancaran Seminar Antarabang­sa Kuala Lumpur Wanita Dalam Politik 2017 (WIPKL 2017) yang disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia