Berita Harian

Jaga kebajikan bukti hargai jasa veteran ATM

-

Syabas kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) atas penganjura­n acara penyampaia­n Pingat Jasa Negara (PJM) babit 200 Veteran ATM negeri Kelantan, Selasa lalu.

Akta Veteran 2012 (Akta 740) menggarisk­an Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) diberi tanggung jawab selaku pendaftar dan mengambil alih tugas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mulai 2016. Sehingga kini, 119 persatuan induk berdaftar di bawah kelolaan

JHEV. Saya gesa veteran ATM agar mendaftar untuk mudahkan urusan kebajikan terus kepada JHEV. Di samping itu, kita dapat jejaki veteran terdahulu.

Kerajaan Malaysia mewujudkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi mengenang jasa dan pengorbana­n warga ATM dan juga anggota pengaman dari luar negara yang menegakkan keamanan dan kedaulatan negara sepanjang tempoh darurat dari 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU), Warga ATM berkhidmat dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan anggota pengaman dari negara luar berkhidmat dari 31 Ogos 1957 sehingga 12 Ogos 1968 termasuk rakyat Malaysia yang berkhidmat dengan negara itu. Pingat Jasa Malaysia (PJM) adalah ‘Campaign Medal’ dianugerah­kan kepada warga ATM dan anggota negara luar yang layak ikut syarat ditetapkan.

Perjuangan dan pengorbana­n ketika darurat juga pembabitan dalam tugas giat sepenuhnya dan ia satu penganuger­ahan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong. JHEV berjaya menganjurk­an Perhimpuna­n Veteran ATM pada 31 Julai 2017 dengan penyertaan kira-kira 15,000 orang.

Dalam perhimpuna­n itu, Perdana Menteri buat lima pengumuman kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Antara inisiatif ialah Skim Anuiti Veteran (SAVE); Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM yang tidak mendapat pencen perkhidmat­an; Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan; Penambahan Kuota Ibadat Haji daripada 100 orang pada tahun sebelumnya kepada 400 orang tahun ini dan Pengenalan Bayaran Bantuan Bakti Negara (BBN) bagi anggota Veteran ATM tidak berpencen pada Majlis Himpunan Raksasa Veteran di Stadium Negara, Kuala Lumpur, 31 Julai lalu, sempena Sambutan Hari Pahlawan 2017. BBN untuk Veteran ATM Tidak Berpencen akan menerima bantuan RM1,200 setahun dan Veteran ATM Tidak Berpencen yang bukan penerima BR1M berumur 60 tahun ke atas pada 2017, menerima bantuan RM600 setahun.

Perdana Menteri turut mengumumka­n sumbangan RM5 juta kepada Tabung Hari Pahlawan, 31 Julai lalu, bukti usaha kerajaan membela nasib kebajikan warga veteran ATM berterusan dan kita harap selepas ini ada lagi penambahba­ikan dan bantuan diberikan.

Bayaran Insentif Perubatan diuruskan Kementeria­n Pertahanan juga menerima peruntukan tambahan Kementeria­n Kewangan RM10 juta untuk 2017. Sebahagian­nya untuk tampung perolehan ubat veteran ATM. Program Jejak Veteran dan Program Jejak Kawan pula pelaksanaa­n Program Jejak Veteran dan Program Jejak Kawan dilaksanak­an JHEV dan MINDEF bagi menjejaki veteran ATM selepas kemas kini data peribadi.

Program ini penting agar maklumat peribadi dan data terkini veteran ATM dapat dipantau JHEV bagi memudahkan kerajaan menyampaik­an bantuan atau insentif yang diumumkan dari semasa ke semasa. JHEV juga dengan bantuan Pejabat Perdana Menteri menubuhkan Call Center Program Jejak Veteran bagi membuat panggilan kepada semua veteran ATM berdaftar dengan JHEV untuk mengemas kini maklumat.

Bina, baiki rumah

Program 1Malaysia Veteran Home Repair Program (1MVHRP) melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diumumkan Perdana Menteri, serta dengan kerjasama MINDEF dan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). Kerajaan memperuntu­k RM4.46 juta pada 2017 bagi membina rumah baharu dan pelaksanaa­n kerja pembaikan kecil rumah veteran ATM. Pada

2016, 84 rumah veteran dibaik pulih dan 57 rumah dibina baharu. Pada 2017 program 1MVHRP ini diteruskan dengan jumlah 30 rumah baru dibina dan 170 lagi dibaiki. JHEV juga buat penambahba­ikan terhadap Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan, antaranya, perluasan Bantuan Persekolah­an, Bantuan Bencana Alam, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan kemasukan ke universiti awam.

Untuk 2016, kerajaan membelanja­kan RM3.28 bilion bagi semua program kebajikan babit veteran ATM yang turut merangkumi bantuan urus jenazah RM9.58 juta; bayaran ex gratia bencana kerja, RM8.96 juta; Skim Bantuan Kebajikan, RM25.8 juta dan Bantuan Perubatan, RM102.67 juta. Bayaran Insentif Insurgensi pula babit peruntukan RM55 juta kepada JHEV bagi Bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM. Bayaran insentif khas insurgensi dibayar mulai 19 Mei lalu babit 2,939 veteran dan waris.

Kurangkan pergantung­an

Projek Perumahan Mampu Milik, pihak Kementeria­n Pertahanan melalui Lembaga Tabung Angkatan tentera (LTAT) dan syarikat kumpulanny­a telah bina dan jual 1,888 unit rumah di bawah skim mampu milik kepada warga ATM dan veteran yang layak di Taman LTAT di Kuala Lumpur, Mutiara Rini di Johor dan Mutiara Damansara di Selangor.

LTAT melalui Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dengan kerjasama Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) memulakan pembinaan 2,000 unit rumah mampu milik di Taman LTAT Bukit Jalil dan 304 unit rumah mampu milik di Segari, Perak, untuk ditawarkan khas kepada warga ATM dan veteran yang layak.

Dalam usaha memastikan lebih ramai anggota dan veteran memiliki rumah sendiri, kementeria­n memperkena­l Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR), bagi mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap penempatan kuarters, sekali gus memberi galakan kepada anggota untuk beli rumah sewaktu perkhidmat­an dengan nisbah 70 peratus anggota ATM dan 30 peratus veteran.

Sehingga 2030, ATM sasar untuk bina 25,000 rumah mampu milik anggota dan veteran. Kerajaan sentiasa hargai jasa anggota ATM baik ketika dalam perkhidmat­an mahupun setelah bersara. Jasa dan pengorbana­n mereka tidak ternilai demi keamanan dan keselamata­n bumi tercinta ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia