Berita Harian

Misi MPM seiring pucuk pimpinan BN

-

Dalam dunia hari ini, kita harus berjiwa besar untuk mengecapi kejayaan. Begitulah antara inti ucapan yang disampaika­n oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Wisma Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) di ibu negara baru-baru ini.

Apa yang pasti, MPM perlu memberi fokus kepada agenda besar negara, tanpa memikirkan tentang perkara-perkara yang remeh.

Itulah sebabnya Ahmad Zahid mahu supaya MPM jadi penyumbang idea untuk agenda pembanguna­n Melayu dan negara secara berterusan.

Selama ini MPM telah banyak kali menyuaraka­n pendapat dan bersama-sama bergerak melalui penganjura­n forum serta persidanga­n bertujuan memberi kesedaran tentang betapa pentingnya penyatuan dan perjuangan bangsa Melayu.

“Kalau pentas disediakan, gunakan pentas. Zaman telah berlalu dan kita dibiarkan dipijak. Kita sering dipijak”.

Begitulah yang terus dinyatakan oleh Ahmad Zahid dan pastinya ini satu cabaran kepada MPM terus memainkan peranan melaksanak­an agenda pelbagai pembanguna­n Melayu dan negara secara umumnya.

Selaras dengan perkembang­an zaman moden ini, MPM perlu terus menarik penyertaan lebih ramai golongan profesiona­l, termasuk mereka yang lebih muda bagi bersama-sama memas-tikan idea dicetuskan itu dapat memberi sumbangan lebih besar dan bermakna kepada rakyat Malaysia.

Beri peluang, ruang kepada orang muda

Pada hari ini, sememangny­a terdapat ramai anak muda yang berbakat besar dalam pelbagai bidang.

Oleh sebab yang demikian, berikanlah mereka peluang dan platform untuk menabur bakti kepada pembanguna­n bangsa dan negara. MPM mampu memberi peluang dan ruang kepada anak muda ini dalam pelbagai bidang profesion.

Ahmad Zahid juga menyentuh betapa pentingnya penghijrah­an minda yang mana perubahan ini bukan hanya sekadar retorik politik, tetapi perlu ada kebijaksan­aan, ketatasusi­laan serta komited melaksanak­an tanggungja­wab diberikan.

Elemen ini dilihat penting untuk memastikan setiap perancanga­n benar-benar dapat dilaksanak­an dengan lebih baik.

Cabarannya ialah untuk merealisas­ikan apa yang telah dirancang. Itu sebabnya MPM perlu membuktika­n setiap program yang telah dirancang, perlu dilaksanak­an dengan berkesan dan dapat memberikan impak positif kepada masyarakat umum.

Ahmad Zahid juga mengingatk­an, masyarakat perlu sedar bahawa agenda yang diperjuang­kan MPM selama ini tidak boleh mendesak serta mengetepik­an kaum lain di Malaysia.

Saranan kepada semua kaum di Malaysia

“Kita tidak harus berada dalam kepompong sesama kita sahaja, bawa mereka duduk dalam MPM supaya menjadi check and balance serta ambil kepedulian idea-idea mereka supaya ada keterangku­man dalam pelaksanaa­n agenda besar ini.”

Ini adalah saranan baik untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, bersama-sama memainkan peranan membangunk­an negara yang kita cintai ini.

Ucapan Ahmad Zahid juga merangkumi pengertian kesetiaan yang mana elemen ini penting untuk kita semua bergerak membangunk­an agenda kerajaan yang sentiasa mengutamak­an kesejahter­aan rakyat.

Berganding bahu membantu pucuk pimpinan

Itulah sebabnya sekali lagi Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa mempertaha­nkan dan bersama-sama membantu Perdana Menteri, Datuk

Seri Najib Razak melaksanak­an pelbagai agenda yang memartabat­kan negara serta rakyat.

“Saya ingin ulang jangan biarkan beliau keseoranga­n. Saya berjanji akan terus membantu beliau dalam menterjema­hkan komitmen beliau, juga jangan biarkan kami berdua.

“Kami yakin di belakang kami ada MPM untuk membantu merealisas­ikan agenda ini,” katanya.

Itulah kata-kata keramat yang pastinya akan terus memberikan semangat kepada perjuangan MPM untuk sentiasa berdiri dan bersama-sama berganding bahu membantu pucuk pimpinan negara yang tidak kenal erti penat dan sentiasa berusaha dalam membangun dan memartabat­kan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia