Berita Harian

DOJ fail saman lucut hak sivil bukan tindakan jenayah individu

Tuntutan siasat dakwaan aset diperoleh guna dana diseleweng 1MDB

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman pelucutan hak sivil ke atas aset didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), bukan tindakan jenayah terhadap mana-mana individu.

Peguam kanan Amerika Syarikat (AS) yang berpengala­man dengan prosiding Mahkamah Agung negara itu, Thomas C Goldstein, berkata tuntutan itu bertujuan mengetahui sama ada benar aset itu diperoleh menggunaka­n dana yang diseleweng daripada 1MDB.

Katanya, berdasarka­n sistem kehakiman AS, mana-mana aset yang didakwa diperoleh melalui salah guna dana, boleh dibekukan sebelum siasatan terperinci dibuat.

Dikembalik­an kepada yang hak

“Ia akan dikembalik­an kepada yang berhak. Tindakan DOJ memfailkan pelucutan hak sivil itu adalah terhadap hartanah dan bukan tindakan jenayah kepada mana-mana individu.

“Adalah tidak benar menyatakan AS mengambil tindakan mahkamah kepada beberapa individu yang mempunyai kaitan dalam 1MDB,” katanya ketika menjawab beberapa soalan dari peserta program Litigasi Jenayah di AS, di Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UITM), di sini, semalam.

Isu sensitif

Goldstein berkata, Kerajaan AS turut menganggap isu berkaitan 1MDB adalah perkara yang sangat sensitif berikutan ia membabitka­n dana negara ini.

Berikutan itu, Kerajaan AS sangat berhati-hati dan tidak merujuk kepada mana-mana nama individu dalam tuntutan sivil berkenaan, termasuk Perdana Menteri atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

“Mereka hanya siasat dakwaan yang menyatakan aset itu diperoleh daripada dana 1MDB dan jika benar mereka akan kembalikan kepada Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, pada Julai 2016, DOJ memfailkan saman menyita aset yang dikaitkan dengan 1MDB bernilai RM4 bilion bagi mendapatka­n kembali aset yang didakwa diseleweng­kan melalui dana firma berkaitan Kerajaan Malaysia itu. Ia menamakan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz sebagai antara yang terbabit.

Pada Jun lalu, DOJ sekali lagi mengemukak­an saman sivil bagi merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana diseleweng­kan dari 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia