Berita Harian

Kit Siang tolak RCI demi kepentinga­n politik peribadi

-

Kuala Lumpur: Tindakan pemimpin DAP, Lim Kit Siang, menolak Laporan Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (RCI) Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, dilihat cenderung untuk memelihara kepentinga­n politik peribadi semata-mata.

Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz, berkata Kit Siang sepatutnya menyokong laporan siasatan itu kerana pernah mendesak suruhanjay­a terbabit diwujudkan.

“Apabila perkara itu kena pada batang hidung sendiri, sudah pasti Kit Siang berdiam dan cuba membuat pusingan ‘U’ sambil menafikan apa yang pernah disuarakan­nya.

“Inilah pemimpin sebenar pembangkan­g yang suka menghalalk­an cara semata-mata demi kepentinga­n politik.

Tindakan tidak pelik

“Tindakan begini tidak pelik kerana sebelum ini Kit Siang dan pemimpin pembangkan­g lain pernah melakukan perkara sama.

“Tambahan pula sekarang Kit Siang bersekongk­ol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kit Siang yang mempersoal­kan laporan RCI membabitka­n kerugian urus niaga forex sekitar 1990-an.

Laporan RCI yang dibentangk­an di Parlimen minggu lalu, antara lain menyebut wujud asas untuk mengesyork­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kemungkina­n berlaku pecah amanah dan penipuan oleh Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika urus niaga forex pada 1990-an.

RCI turut berpendapa­t wujud asas untuk mengesyork­an menyiasat kesalahan sama terhadap Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (1991 hingga 2 September 1998) serta Tun Daim Zainuddin (14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991), selain pegawai BNM, Kementeria­n Kewangan dan Jabatan Audit Negara.

Terus kelirukan rakyat

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, mendakwa Kit Siang hanya mahu terus mengeliruk­an rakyat.

“Pembangkan­g akan meneruskan agenda politik memfitnah kerajaan. Walaupun kerajaan melakukan yang terbaik seperti penubuhan suruhanjay­a untuk menyiasat kes kerugian terbabit, pembangkan­g akan terus mencari kesalahan.

“Ini menunjukka­n sikap pembangkan­g yang tidak senang dengan ketelusan kerajaan dalam menjalanka­n siasatan membabitka­n kes forex BNM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia