Berita Harian

Tindakan Azmin sengaja politikkan isu tugas SPRM

MB Selangor terus pertikai penahanan anak saudara bantu siasatan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mempertika­ikan siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes perlombong­an pasir dan batu haram di negeri itu, disifatkan sebagai berat sebelah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata SPRM sebagai agensi yang mengetuai usaha pencegahan rasuah di negara ini terbukti bersifat ‘buta warna’ (tidak memilih bulu) dalam mengendali­kan sebarang kes, sama ada membabitka­n orang awam, ahli politik atau golongan kenamaan.

Tak hairan dakwaan Azmin

“Saya sikit pun tidak hairan kalau Azmin melemparka­n dakwaan sebegitu (walaupun SPRM bertegas tiada percaturan politik), sebenarnya dia yang sengaja mempolitik­kan isu tugas SPRM ini.

“Bagi dia, PKR dan sekutunya tidak boleh diganggu. Kalau pemimpin BN atau UMNO ditahan padanya itu betul, jika mana-mana orang PKR ditahan, itu pada dia fitnah politik,” katanya selepas Perhimpuna­n Bulanan Penjawat Awam Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Mohamed Azmin yang terus mempertika­ikan penahanan anak saudaranya oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung aktiviti lombong pasir dan batu haram di Selangor.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata, penegasan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bahawa penahanan itu dibuat tanpa motif politik dianggap sebagai satu jenaka.

Sebelum ini kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor yang mendakwa penyebaran maklumat bahawa anak saudara Menteri Besar Selangor, ditahan kerana dipercayai terbabit aktiviti lombong pasir haram, adalah berniat jahat.

Noh berkata, Mohamed Azmin cuba mengubah persepsi rakyat Selangor, kononnya hanya dia dan sekutunya sentiasa telus dan bebas rasuah.

“Itulah permainan politik Azmin. Perbuatan itu menjadikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sendiri meluat dan kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

“Sudah-sudahlah. Jangan kacau kerja SPRM,” tegasnya. Pengerusi BN Selangor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia