Berita Harian

DAP didakwa tak minat sedia rumah Bumiputera

-

Georgetown: Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak mendedahka­n jumlah unit perumahan kuota Bumiputera di negeri ini, yang dilepaskan kepada pasaran terbuka sejak 2009.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat seperti tidak berminat menyediaka­n perumahan kepada Bumiputera, termasuk membangunk­an kediaman kos rendah dan sederhana rendah untuk rakyat negeri ini.

“Menurut Laporan Ketua Audit Negara sehingga hujung 2016, baki wang dalam Tabung Amanah Perumahan Bumiputera (TAPB) adalah sebanyak RM110.93 juta, iaitu meningkat RM15.31 juta berbanding RM85.62 juta pada akhir 2015.

“Peningkata­n ini disebabkan sumbangan diperoleh daripada pemaju perumahan untuk bayaran pelepasan kuota perumahan Bumiputera bagi 49 projek perumahan pada 2016, manakala unit Bumiputera yang dilepaskan adalah sebanyak 1,633 unit.

“Malah sehingga Disember tahun lalu, sejumlah RM4.64 juta sahaja dibelanjak­an iaitu untuk bayaran 20 peratus bagi pembelian 320 unit rumah kos sederhana rendah di projek rumah mampu milik kerajaan negeri di The Rise dekat Jalan SP Chelliah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tak pernah ganti kuota

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, sejak 2009 kerajaan negeri tidak pernah membina sebarang rumah bagi menggantik­an kuota perumahan Bumiputera yang dilepaskan dan hanya pada tahun lalu, wang daripada TAPB diguna untuk membeli rumah kos sederhana rendah di projek perumahan mampu milik di SP Chelliah.

“Bagaimanap­un, kenapa di projek The Rise dekat SP Chelliah, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu membeli daripada pemaju swasta untuk dijual semula unitunit yang diperuntuk­kan kepada Bumiputera?

“Kenapa untuk projek ini sahaja pembelian sebegitu dibuat dan kenapa kerajaan negeri tidak melakukan perkara serupa bagi projek perumahan yang dimajukan pihak swasta lain?” soalnya.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Kerajaan Persekutua­n tidak pernah memungkiri janji kepada rakyat Pulau Pinang dan bagi tempoh 2008 hingga 2016, sebanyak 34 projek siap dilaksanak­an oleh empat agensi dan jabatan Kerajaan Persekutua­n bagi menyediaka­n 5,950 unit perumahan mampu milik di negeri ini.

“Sebanyak 19 projek sedang dalam peringkat pelaksanaa­n pada masa ini membabitka­n pembinaan sejumlah 4,017 unit, manakala sejumlah 39 projek baharu sedang dirancang untuk dilaksanak­an termasuk pembinaan 46,602 unit di seluruh Pulau Pinang,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH bertarikh 3 November 2017.
Keratan akhbar BH bertarikh 3 November 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia