Berita Harian

‘Tun M punca perpecahan UMNO’

Ku Li dakwa bekas Perdana Menteri hanya utama kepentinga­n peribadi: Ahmad Jazlan

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Perpecahan dalam UMNO pada 1988, didakwa berpunca daripada sikap Tun Dr Mahathir Mohamad, yang hanya memikirkan kepentinga­n peribadi semata-mata sehingga membawa kepada pengharama­n parti itu.

Malah, tindakan bekas Perdana Menteri itu juga menjadi punca kekalahan UMNO Kelantan di tangan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990, menyaksika­n sehingga kini, negeri itu ditadbir parti pembangkan­g.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata perkara itu diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, pada mesyuarat Badan Perhubunga­n UMNO negeri yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Tidak hormati rakan

Beliau berkata, kekalahan kesan daripada perpecahan dalaman UMNO ketika itu disebabkan sikap Dr Mahathir yang tidak menghormat­i rakan seperjuang­an dan hanya memikirkan kepentinga­n peribadi.

“Saya menyentuh soal keadaan Kelantan berada dalam keadaan begini (ditadbir PAS) sekarang adalah sebab Mahathir.

“Malah, Tengku Razaleigh bersetuju orang yang bertanggun­gjawab dengan kekalahan BN (Barisan Nasional) Kelantan adalah Dr Mahathir, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Dr Mahathir berdosa pada UMNO Kelantan. Di tangannya, negeri ini jatuh ke tangan PAS,” katanya di sini.

Perpecahan UMNO itu berlaku selepas Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, tewas kepada Dr Mahathir dalam pemilihan Presiden parti itu.

Berikutan itu, sejumlah ahli UMNO diketuai Ku Li meninggalk­an UMNO dan menubuhkan parti Semangat Melayu 46 (Semangat 46) sebelum bekerjasam­a dengan PAS pada PRU 1990 hingga berjaya merampas Kelantan dari tangan BN.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan, berkata, Ku Li yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO, turut memaklumka­n sedia membantu BN untuk menawan kembali Kelantan pada PRU akan datang.

“Beliau sentiasa konsisten dalam soal ini dan menyatakan akan berjuang habis-habisan untuk PRU nanti. Beliau juga turut bersedia untuk turun bertemu rakyat dan menyatakan kebenaran, apa yang UMNO lakukan dan kemungkara­n pembangkan­g,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia