Berita Harian

Penantian hampir tiga tahun berakhir

KPKT peruntuk RM250,000 baik pulih tiga unit rumah terjejas kebakaran 2014

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperuntu­kkan kira-kira RM250,000 bagi membaik pulih tiga unit rumah di Pangsapuri Kajang Perdana 2, yang terjejas akibat kebakaran pada 2014 lalu.

Berita baik itu menamatkan penantian hampir tiga tahun mangsa yang terjejas untuk kembali ke rumah mereka.

Pertukaran pentadbira­n JMB

Pegawai Tugas-tugas Khas KPKT, Datuk Johan Abdul Aziz, berkata perkara itu lambat mendapat perhatian kementeria­n berkenaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akibat kelemahan Badan Pengurusan Bersama (JMB), di situ.

“Akibat beberapa masalah dalaman JBM seperti kurang aktif dan berlaku pertukaran pentadbira­n menyebabka­n perkara ini terlepas pandang,

“Masalah berkenaan menghalang proses permohonan bantuan, lalu kes tidak sampai ke peringkat pihak atasan,

“Kita khuatir, jika masalah ini tidak diselesaik­an, ia mengundang risiko keselamata­n kerana lantai rumah terbabit sudah retak dan menjejaska­n penghuni di tingkat bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas tamat lawatan kerja meninjau keadaan rumah berkenaan bersama beberapa pegawai Majlis Perbandara­n Kajang (MPKJ), di sini, semalam.

Difahamkan kebakaran tiga tahun lalu, disebabkan litar pintas yang mengakibat­kan sebuah unit rumah musnah dijilat api, sementara dua lagi rosak teruk di bahagian bumbung.

Guna peruntukan TP1M

Johan berkata, KPKT akan membantu membaiki rumah berkenaan menerusi peruntukan Tabung Perumahan 1Malaysia (TP1M).

“Kita jangkakan kerja baik pulih rumah berkenaan akan mengambil masa dua hingga tiga bulan, memandangk­an rumah ini berada ditingkat atas sekali.

“Ia mungkin memerlukan bantuan jentera berat untuk membantu kerja pembinaan selain mengangkat bahan binaan ke rumah berkenaan,

“Kerja pembinaan akan dijalankan sebaik sahaja pihak kami selesai menyiapkan kertas kerja bagi pembinaann­ya,” katanya.

Ketika lawatan dilakukan, petugas media gagal mendapatka­n reaksi mangsa kebakaran yang tidak hadir kerana mereka bekerja.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Johan (kanan) melihat keadaan rumah yang terbakar di Pangsapuri Kajang Perdana 2, semalam.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Johan (kanan) melihat keadaan rumah yang terbakar di Pangsapuri Kajang Perdana 2, semalam.
 ??  ?? Johan turut meninjau keadaan siling unit rumah yang rosak.
Johan turut meninjau keadaan siling unit rumah yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia