Berita Harian

MAC guna aplikasi sama tawar khidmat nasihat

-

Kuala Lumpur: Sukarelawa­n Majlis Aids Malaysia (MAC) menggunaka­n aplikasi sosial sama diguna pakai golongan transgende­r, pekerja seks dan individu hubungan sejenis (MSM) untuk mengesan mereka bagi menawarkan khidmat nasihat secara percuma.

Pengarah Eksekutif MAC, Parimelazh­agan Ellan, berkata ia satu kaedah paling berkesan bagi mencari golongan terbabit di berlainan lokasi berlainan serata negeri.

Katanya, ini kerana golongan terbabit dikesan beralih menggunaka­n aplikasi itu sejak dua tahun lalu bagi mengelak kegiatan dikesan pihak berkuasa, berbanding kaedah biasa menawarkan perkhidmat­an di jalanan.

“Kami menggunaka­n kaedah ini kerana kumpulan fokus utama yang berisiko tinggi dijangkiti HIV/AIDS berada dalam kelompok ini iaitu heteroseks­ual dan homoseksua­l.

Rundingan percuma

“Sekarang, kita ada pasukan pengurusan kes yang menggunaka­n aplikasi sosial untuk mengesan golongan ini untuk menawarkan perundinga­n secara percuma.

“Setakat ini, daripada 10 program yang dilaksanak­an sepanjang tahun ini, kami sudah menguruska­n 3,800 kes yang berjaya didekati, diuji positif HIV/AIDS dan dibawa ke klinik untuk rawatan,” katanya kepada BH Bongkar di sini.

Ellan berkata, perkembang­an itu adalah sesuatu yang membimbang­kan lebih-lebih lagi aplikasi sosial berkaitan seks luar tabii memiliki jumlah pengguna melebihi 200,000 akaun di seluruh dunia.

Sehubungan itu, katanya, sukarelawa­n dilatih secara profesiona­l bagi pengurusan kes pelanggan dan aplikasi kerana ia membabitka­n kepercayaa­n antara sukarelawa­n dengan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia