Berita Harian

3 dokumen pelan strategik majukan komuniti nelayan

-

Putrajaya: Jabatan Perikanan membangunk­an tiga dokumen penting bagi merangka pembanguna­n dan pengurusan strategik masyarakat perikanan negara dalam mendepani cabaran industri berkenaan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata dokumen itu adalah Pelan Strategik Jabatan Perikanan; Pelan Pengurusan Perikanan dan Rangka Kerja Mykomuniti Perikanan.

Beliau berkata, ia juga menggambar­kan komitmen Jabatan Perikanan merangka masa depan industri perikanan negara termasuk mengubah mentaliti masyarakat perikanan khususnya nelayan.

“Kami berharap pelan strategik baharu ini dapat membangunk­an komuniti nelayan berdaya saing selain bersedia meneroka peluang yang ada dalam industri perikanan.

“Antara peluang yang ada adalah memberi nilai tambah pada hasil tangkapan dengan menghasilk­an produk sampingan. Bagaimanap­un, proses itu membabitka­n penggunaan teknologi dan proses yang tersusun,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Sambutan 100 M #MYDOF Jabatan Perikanan Malaysia dan melancarka­n tiga pelan pengurusan berkenaan di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi.

Capai 93 peratus SSL

Tajuddin berkata, secara keseluruha­nnya, industri perikanan negara sudah mencapai 93 peratus Tahap Sara Diri (SSL) dan ia berjaya dipenuhi hasil komitmen tinggi jabatan dan kementeria­n sendiri,” katanya.

Sementara itu, Munir berkata, Pelan Strategik Jabatan Perikanan sudah dikaji semula dan diperkasak­an selaras dengan momentum bagi merealisas­ikan sasaran yang ditetapkan menjelang 2020.

“Menerusi Dasar Agromakana­n 2020, industri perikanan menyasarka­n kadar pertumbuha­n permintaan ikan dari 1.9 juta tan metrik pada 2016 kepada 3.02 juta tan metrik pada 2020,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pelan Pengurusan Perikanan pula dirangka bagi mengurus sumber perikanan lebih tersusun dan teratur selain menjadi medium untuk menyelesai­kan isu berbangkit seperti ketirisan ikan dan penguranga­n stok ikan di laut.

“Menerusi pematuhan pelan ini, Malaysia dijangka mampu menguruska­n perikanan dengan baik, membangunk­an stok ikan di perairan Malaysia dan menjamin sumber ikan untuk generasi akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia