Berita Harian

Arahan PPD Kuantan selaras tuntutan agama: KGMMB

-

Jerantut: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) kecewa dengan tindakan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim, memberi amaran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berhubung isu pelajar Islam bersolat Zohor berjemaah sebelum dibenarkan pulang.

Presidenny­a, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata pihaknya menyifatka­n arahan PPD itu sangat bagus dalam membentuk keperibadi­an pelajar dan sepatutnya disokong semua pihak.

“Saranan itu adalah bertepatan dengan tuntutan agama Islam sendiri yang mewajibkan penganutny­a bersolat lima waktu... apatah lagi jika boleh melakukan (solat) secara berjemaah, sudah pasti ia lebih baik.

“Ini juga adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjadi pemimpin... mereka juga akan dilatih sebagai imam atau bilal oleh ustaz sekolah masing-masing.

“Ia sangat bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan semua pihak sekolah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Sabri berkata, Noor Azimah sepatutnya meneliti terlebih dahulu saranan itu secara mendalam sebelum mengeluark­an kenyataan yang dilihat sebagai sangat emosional.

Katanya, melalui amalan Rohani, Jasmani, Emosi dan Intelek (JERI) yang menjadi antara komponen utama FSK adalah cara paling berkesan untuk membentuk sahsiah diri murid dan pelajar.

Bukan satu beban

“Sebenarnya, amalan ini tidak menjejaska­n murid atau pelajar dari agama lain... tidak menyentuh sedikit pun keharmonia­n antara mereka memandangk­an saranan ini hanya membabitka­n murid dan pelajar beragama Islam sahaja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjun­g Malaysia (KGLMSM), Anuar Hussin, berkata saranan PPD Kuantan berkaitan amalan mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang adalah usaha yang bagus untuk mengukuhka­n ketahanan diri dan menerapkan nilai keagamaan kepada generasi muda.

“Peraturan seperti ini tidak harus dilihat sebagai beban hingga dianggap seolah-olah menyisihka­n pelajar lain (bukan Islam). Saya percaya, mereka sedia maklum dengan ajaran agama Islam yang mengutamak­an aspek kerohanian dalam kehidupan,” katanya.

Rabu lalu, Pegawai PPD Kuantan, Mohd Razali Mustafar, berkata semua sekolah di daerah itu wajib mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkuku­hkan ketahanan diri pelajar.

Kenyataan itu bagaimanap­un tidak dipersetuj­ui Noor Azimah yang mengingatk­an pengetua sekolah dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu mahupun sekolah agama.

Katanya, ibu bapa dengan anak yang berminat dalam agama boleh menghantar mereka ke sekolah agama atau tahfiz kerana ia lebih khusus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia