Berita Harian

Percutian lima sekeluarga bertukar tragedi

-

Rompin: Kegembiraa­n lima beranak dalam perjalanan untuk bercuti di Kuantan bertukar tragedi apabila dua daripadany­a maut dalam kemalangan, petang kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 5.05 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza keluarga terbabit dirempuh lori tangki di Kilometer 102.8 Jalan Kuantanseg­amat, Muadzam Shah, di sini.

Kemalangan itu menyebabka­n pemandu MPV, Jamaludin Basri, 56, dan anaknya, yang duduk di tempat belakang, Hanis Syahirah, 19, maut di lokasi kejadian.

Dua lagi anak mangsa, Hanis Humaira, 12 dan Hanis Nazira, 17, cedera parah di kepala, manakala isteri Jamaludin, Rozita Manan, 50, yang duduk di hadapan, cedera pada muka dan kepala.

Bagaimanap­un, satu lagi keluarga yang kereta mereka turut dirempuh lori tangki itu, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan.

Pemandu Proton Exora dikenali sebagai Yusoff, 40, yang bertugas di Kem Terendak, Melaka, bersama isteri Farizan Subian, 35, dan dua anak mereka, Nur Farisya, 6, serta Muhammad Fariz Izwan, 9, mengalami kecederaan ringan.

Seorang lagi anak Yusoff, Muhammad Zaquwan, 1, tidak cedera.

Lori tangki hilang kawalan

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superinten­dan Azly Mohd Noor, berkata lori tangki dipandu Mohd Fadzil Mohd Jailan, 46, yang dalam perjalanan menghala ke Segamat dari Kuantan cuba mengelak sebuah kereta lain memasuki simpang ke Petronas secara mengejut.

“Lori tangki itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentang­an lalu melanggar kenderaan dipandu Jamaludin dan Yusof,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan masing-masing dikeluarka­n dengan bantuan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Muadzam Shah.

“Semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk mendapatka­n rawatan,” katanya.

Beliau berkata, polis menemui kesan brek lori tangki itu sepanjang lapan meter ketika cuba mengelak kenderaan memasuki simpang secara mengejut.

 ?? [FOTO IHSAN DARI PDRM PAHANG] ?? Keadaan nahas babit lori tangki merempuh dua kenderaan di Kilometer 102.8 Jalan Kuantan - Segamat, Muadzam Shah petang kelmarin.
[FOTO IHSAN DARI PDRM PAHANG] Keadaan nahas babit lori tangki merempuh dua kenderaan di Kilometer 102.8 Jalan Kuantan - Segamat, Muadzam Shah petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia