Berita Harian

Bah di tiga negeri beransur pulih

-

Kuala Terengganu: Banjir di Terengganu beransur pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka, yang menempatka­n seramai 659 mangsa daripada 159 keluarga di Marang dan Setiu sehingga malam tadi.

Daripada jumlah itu, daerah Kuala Nerus masih mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi iaitu 637 orang daripada 159 keluarga di satu PPS, manakala 22 mangsa dari lapan keluarga di Marang, juga di satu PPS, sehingga jam 7 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Lt Kol Che Adam A Rahman, berkata cuaca baik dan tiada hujan semalam menyebabka­n banyak kawasan yang dilanda banjir mula surut, sekali gus membolehka­n mangsa pulang ke rumah masingmasi­ng.

Kota Bharu,

Di mangsa banjir di Kelantan berkuranga­n secara mendadak kepada 4,173 orang ditempatka­n di 18 PPS semalam.

Jumlah mangsa dijangka berkuranga­n

Semua mangsa daripada 1,528 keluarga yang ditempatka­n di PPS membabitka­n tiga daerah iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan dijangka terus berkuranga­n memandangk­an cuaca semakin baik.

Di Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata PPS di Rancangan Rumah Murah (RRM) Cheroh 3 dan PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai, Raub, ditutup semalam.

Ketika ini, hanya PPS Balai Raya Kuala Semantan masih beroperasi menempatka­n 26 mangsa daripada

Kuantan,

tujuh keluarga.

“Keadaan cuaca di sekitar Raub juga baik... tiada hujan dilaporkan sejak tengah hari tadi (semalam),” katanya.

Program bantuan Naza Kia di Pantai Timur

Sementara itu, Naza Kia Malaysia melebarkan program bantuan banjir untuk pelanggan mereka di Pantai Timur terjejas akibat banjir.

Menurut kenyataan syarikat itu, program yang bermula semalam hingga 31 Disember ini adalah usaha berterusan dalam usaha memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.

Katanya, pemilik kenderaan Kia yang terjejas akibat banjir boleh menghantar kenderaan ke cawangan Kia terpilih di Pantai timur untuk pemeriksaa­n percuma dan nasihat profesiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia