Berita Harian

Graduan SEGI dilatih kreatif menuju TN50

Kerjasama dengan universiti antarabang­sa lonjak kecemerlan­gan

- Oleh Siti Azila Alias

Kreativiti tidak terhad kepada pengajaran subjek kreatif saja, sebaliknya turut membabitka­n kemahiran berfikir dan proses kognitif yang membantu pelajar menjana idea baharu bagi menghasilk­an produk yang dapat memanfaatk­an masyarakat.

Bagaimanap­un, kreativiti dan inovasi bukan elemen boleh diajar terus, sebaliknya perlu diterap melalui aktiviti pengajaran dan pembelajar­an.

Susulan itu, ahli akademik perlu berperanan mempelbaga­i aktiviti pengajaran dan pembelajar­an seperti forum, projek berkumpula­n, tugasan luar, latihan praktikal dan makmal serta kuiz yang dapat mencabar keupayaan berfikir, seterusnya menggalakk­an percambaha­n idea membabitka­n unsur kreativiti dan inovasi.

Universiti dan Kolej SEGI amat mementingk­an kreativiti dan inovasi dalam pendidikan kerana yakin graduan kreatif dan berinovasi mampu menjadi individu bercita-cita tinggi, selain menggalakk­an keinginan mencipta sesuatu yang baharu dalam menghadapi cabaran masa depan ke arah Transforma­si Nasional (TN50).

Justeru, tidak hairanlah institusi pengajian tinggi ini sentiasa menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menawarkan program pelbagai disiplin merangkumi kursus sains, teknologi, kreatif serta banyak lagi.

Komunikasi dua hala

Pengajaran di SEGI bukan sekadar menghafal modul pembelajar­an sahaja, tetapi turut menerapkan elemen kreativiti dan inovasi melalui pengajaran di luar kelas yang menggalakk­an pelajar mempraktik­kan teori secara latihan.

Sebagai contoh, pelajar Diploma Seni Kulinari dari Sekolah Perhotelan dan Pelanconga­n Kolej SEGI Pulau Pinang, Goh Kah How yang bukan sahaja memberikan fokus terhadap hiasan dan seni makanan, malah bakat yang ada berjaya menghasilk­an satu ciptaan seni makanan dikenali sebagai Circle

“Saya menjalani latihan beberapa bulan untuk menguasai pengendali­an makanan dan akhirnya, Circle of Red Ocean berjaya dihasilkan selepas tujuh kali percubaan,” katanya.

Sementara itu, SEGI turut menggalakk­an sistem komunikasi dua hala melalui penilaian secara kolaborati­f antara ahli akademik dan pelajar, selain memberi peluang belajar secara individu, berkumpula­n dan dalam kelas.

Pelajar di SEGI dikehendak­i menjalani latihan industri supaya tidak terhad kepada pembelajar­an teori dalam kelas dan dapat menimba ilmu dalam berdepan cabaran sebenar.

Universiti dan Kolej SEGI beroperasi melalui kampus induknya di Kota Damansara dan empat kolej lain di Subang Jaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching menawarkan program Sains Kesihatan (Perubatan, Optometri, Pergigian, Farmasi dan Sains Bioperubat­an); Sains Kesihatan Bersekutu (Kejururawa­tan, Teknologi Makmal Perubatan, Kesihatan Persekitar­an, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan); Pengajian Komunikasi, Kreatif Seni dan Reka Bentuk; Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak; Kejurutera­an dan Alam Bina; Hospitalit­i dan Pelanconga­n; Teknologi Maklumat; Undang-undang; Psikologi serta Program Ijazah Amerika (ADP) dan praunivers­iti.

Biasiswa, insentif

Selain itu, SEGI juga melonjakka­n kecemerlan­gannya menerusi kerjasama dengan universiti antarabang­sa termasuk University of Southern Queensland, Australia; University of Sunderland, University of Greenwich, Keele University dan Abertay University dari United Kingdom serta Troy University, Minnesota State University, University of Toledo, University of Wyoming dan University at Albany, SUNY dari Amerika Syarikat.

SEGI turut menyediaka­n biasiswa dan insentif untuk pencapaian akademik dan prestasi sukan cemerlang, antaranya Biasiswa Pelajar Cemerlang, bagi pemohon cemerlang Spm/stpm/matrikulas­i dan setaraf serta Biasiswa Sukan yang menawarkan rebat sehingga 50 peratus yuran tuisyen bagi atlet negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Universiti SEGI (0361451777 atau 011-12106389), Kolej SEGI Subang Jaya (0386001777 atau 016-2129154), Kolej SEGI Kuala Lumpur (03-20702078 atau 018211 8653), Kolej SEGI Penang (042633888 atau 013-6294880), Kolej SEGI Sarawak (082252566 atau 017-8592566), atau layari https://www.segi.edu.my/en/programmes/all/.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia