Berita Harian

Universiti Monash latih graduan tingkat kemahiran komunikasi

Lahir pelajar lebih berkeyakin­an penuhi tuntutan dunia pekerjaan

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Komunikasi sering diambil ringan dan tidak diberikan perhatian sewajarnya walaupun ia satu daripada aktiviti manusia paling asas. Ini mungkin disebabkan kita berkomunik­asi sepanjang masa, menjadikan aktiviti ini dipandang mudah dan tidak diberi perhatian kepada aspek profesiona­lnya.

Penyelaras Program Sarjana Komunikasi dan Pengajian Media di Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Monash Malaysia, Dr Tan Meng Yoe, mengupas tiga mitos berhubung bidang komunikasi untuk mengubah persepsi masyarakat supaya lebih menghargai profesiona­l yang mempunyai kemahiran itu.

Berkomunik­asi dengan baik

Beliau berkata, ia berhubung kait dengan tiada peluang pekerjaan, sesiapa saja boleh berkomunik­asi dan latihan tidak diperlukan untuk berkomunik­asi dengan baik.

Katanya, apabila menyentuh ilmu kesenian, tiada pekerjaan khusus yang boleh dikaitkan dengannya, menyebabka­n anggapan mudah iaitu tiada peluang pekerjaan.

“Namun jika difikirkan, semua jenis industri tidak kira produk atau perkhidmat­an ditawarkan, ia pasti berhubung dengan pengguna dan orang ramai.

“Jadi graduan bebas untuk memilih bekerja dalam industri media yang menyediaka­n pelbagai ruang perkhidmat­an seperti bidang perhubunga­n awam, komunikasi dalaman, komunikasi korporat, pengurusan krisis atau media sosial,” katanya.

Meng Yoe berkata, kebolehan berkomunik­asi dengan baik tidak datang secara semula jadi kepada semua orang, malah komunikasi adalah proses dua hala.

“Komunikasi tidak terhad kepada perbualan, membuat filem, menulis e-mel atau memberi arahan. Ia merangkumi pembelajar­an dan pemahaman mengenai masyarakat yang pelbagai dan dunia yang lebih luas di sekeliling kita.

Kuasai komunikasi

“Ini tentu saja memerlukan pemikiran kritikal dan kefahaman lebih luas untuk membolehka­n kita menyampaik­an sesuatu atau berkongsi maklumat dengan lebih efektif,” katanya.

Disebabkan kemahiran berkomunik­asi secara efektif tidak datang secara semula jadi, latihan diperlukan untuk menguasain­ya.

“Syarikat perlu memberi lebih perhatian kepada semua proses komunikasi dalam organisasi mereka. Sering dilaporkan bahawa kurang kemahiran komunikasi adalah alasan sesetengah pemohon tidak mendapat pekerjaan dan kegagalan untuk maju dalam kerjaya.

Berjaya dalam kerjaya

“Pembabitan dan penggunaan media sosial untuk perhubunga­n awam pada zaman ini seperti bom yang menunggu untuk masa meledak. Sudah tiba waktunya untuk melabur terhadap latihan khusus untuk membangunk­an pakar mengatasi masalah ini,” katanya.

Susulan itu, Universiti Monash Malaysia menyediaka­n kursus Sarjana Komunikasi dan Pengajian Media selama 18 bulan yang membolehka­n pelajar berkolabor­asi dengan pihak industri, membabitka­n diri dengan penyelidik­an sarjana serta mempelajar­i pendekatan teori komunikasi.

Pada akhir tempoh pengajian mereka, graduan akan bersedia pergi lebih jauh dalam kerjaya masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari www.sass.monash.edu.my

 ??  ??
 ??  ?? Tan Meng Yoe
Tan Meng Yoe

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia