Berita Harian

TH labur RM14.4 bilion dalam sektor hartanah

Pelaburan bersesuaia­n dari segi risiko serta pulangan pelaburan

- Oleh Suffian A Bakar

Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntu­kkan 20 peratus atau RM14.4 bilion daripada dana pendeposit yang berjumlah RM70.7 bilion bagi tujuan pelaburan dalam hartanah.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata daripada jumlah RM14.4 bilion itu, terkini sejumlah RM9.9 bilion sudah dilabur TH dalam pelbagai projek hartanah, manakala baki pelaburan RM4.2 bilion akan digunakan bagi pelaburan yang bersesuaia­n.

“Kami tidak akan tergesa-gesa. Kami akan tinjau mana-mana pelaburan yang bersesuaia­n dari segi risiko-pulangan pelaburan, dan akan membuat kajian secara teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis pemeteraia­n perjanjian jual beli bangunan Hospital Pakar An-nur Hasanah (HPAN) antara TH dan Bangi Gateway Medical Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam. Ia adalah hospital patuh Syariah pertama milik TH.

Patuh syariah

Sementara itu, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata segmen pelaburan hartanah TH akan memberi tumpuan kepada segmen perkhidmat­an hospital patuh Syariah dan berhasrat memperluas penawarann­ya ke seluruh negara secara berperingk­at.

Beliau berkata, ruang kerjasama kini dibuka untuk doktor Bumiputera Islam dalam mengembang­kan perniagaan segmen itu secara usaha sama dengan TH.

“Setiap permohonan (untuk pembukaan baharu hospital patuh Syariah) akan kami kaji teliti dan akan luluskan sekiranya ada keperluan di kawasan itu,” katanya.

Abdul Azeez berkata, bagi Lembah Klang terdapat keperluan hospital patuh Syariah di lokasi tumpuan ramai penduduk Melayu seperti di Ara Damansara, Subang, Shah Alam, Puchong, Gombak dan Ampang.

Beliau berkata, hospital patuh Syariah harus beroperasi sebagai hospital berlandask­an rukun Islam sepenuhnya.

 ?? [ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] ?? Pengarah Bangi Gateway Medical
Sdn Bhd, Datuk A Rahman Safar (dua kiri), Abdul Azeez (tiga kiri) sempena majlis menandatan­gi perjanjian jual beli bangunan Hospital Pakar An-nur Hasanah.
[ FOTO YAZIT RAZALI/BH ] Pengarah Bangi Gateway Medical Sdn Bhd, Datuk A Rahman Safar (dua kiri), Abdul Azeez (tiga kiri) sempena majlis menandatan­gi perjanjian jual beli bangunan Hospital Pakar An-nur Hasanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia