Berita Harian

Deftech bina, selenggara bas elektrik SQC

Projek hasil perjanjian pemindahan teknologi Malaysia-jepun

-

DRb-hicom Defence Technologi­es Sdn Bhd (Deftech) diberi kepercayaa­n untuk membina dan menyelengg­ara kenderaan elektrik (EV) dengan pengecasan pantas (SQC) yang pertama Malaysia, dikenali sebagai bas Putra NEDO EV.

Deftech, yang juga sebuah anak syarikat milik penuh Drb-hicom Bhd dipertangg­ungjawabka­n untuk membina 11 buah bas EV SQC.

Projek SQC ini adalah sebahagian daripada pemindahan teknologi melalui perjanjian kerajaan dengan kerajaan antara Malaysia dan Jepun.

Memorandum persefaham­an mengenai perkara itu ditandatan­gani antara Perbadanan Putrajaya (PPJ) dan Pertubuhan Pembanguna­n Tenaga Baharu dan Teknologi Industri Jepun (NEDO).

“Sejumlah lapan bas Putra NEDO EV yang dibekalkan kepada PPJ sudah memulakan operasi, manakala baki tiga lagi akan dihantar pada 2018,” kata Drbhicom dan Deftech dalam satu kenyataan.

Bas Putra NEDO EV dikendalik­an oleh Pengangkut­an Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn Bhd (Nadiputra), sebuah subsidiari milik penuh PPJ, sebagai sebahagian daripada armada kenderaan syarikat itu yang memberi perkhidmat­an di kawasan Putrajaya.

Jadi hub serantau

NEDO dimajukan oleh konsortium Jepun yang terdiri daripada Toshiba Infrastruc­ture System and Solutions Corp, PUES Corp, Hasetec Corp dan Oriental Consultant­s Global Company Ltd.

Deftech dijangka menjadi hab serantau bagi pengeluara­n bas EV SQC dalam perkembang­an masa depan.

Bas EV SQC menggunaka­n teknologi yang berbeza berbanding dengan lain-lain bas EV yang terdapat di Malaysia, dan mungkin di rantau ASEAN.

Sistem SQC hanya memerlukan pengecasan selama 10 minit bagi setiap perjalanan (purata 30 kilometer) melalui alat pantograf yang dipasang di atas bumbung bas.

Bas EV lain biasanya memerlukan pengecasan semalaman (dianggarka­n selama 6 hingga 8 jam) untuk beroperasi secara optimum.

Mendapat sokongan penuh daripada pelbagai kementeria­n dan agensi berkaitan seperti Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Jabatan Pengangkut­an Jalan, projek bas EV SQC ini menjadi langkah pertama bagi membangunk­an Putrajaya sebagai sebuah bandar hijau. BERNAMA

 ??  ?? Bas Putra NEDO EV dikendalik­an Nadiputra iaitu anak syarikat milik penuh PPJ yang menjalanka­n perkhidmat­an di Putrajaya.
Bas Putra NEDO EV dikendalik­an Nadiputra iaitu anak syarikat milik penuh PPJ yang menjalanka­n perkhidmat­an di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia