Berita Harian

Harga sarung tangan getah dijangka meningkat

-

Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjangkak­an harga sarung tangan getah meningkat tahun depan susulan kenaikan kos yang tidak dapat dielakkan.

Presidenny­a, Denis Low Jau Foo, berkata kenaikan kos itu antaranya disebabkan oleh peningkata­n mendadak harga gas asli, peningkata­n kos bahan pembungkus­an, kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS), kos bahan kimia yang tinggi serta akibat dasar baharu dilaksanak­an oleh kerajaan.

Faktor itu katanya menyumbang kepada sebahagian besar peningkata­n kos yang mana akan diserap oleh pembeli dan pengguna antarabang­sa.

“Kami mengeluark­an kenyataan ini lebih awal supaya semua pihak berkepenti­ngan boleh bersedia dengan jangkaan harga sarung tangan yang lebih tinggi pada bulan akan datang.

“Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kos tambahan itu perlu dipindahka­n kepada pembeli kerana pengeluar tidak mampu untuk menanggung­nya.

“Peningkata­n kos ini juga akan menyebabka­n penambahan kos sekitar AS$1 - AS$1.50 (RM4.07 - RM6.11) bagi setiap 1,000 helai sarung tangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut mengenai kenaikan kos itu Jau Foo berkata, kenaikan mendadak harga gas asli sebanyak kira-kira 22.9 peratus akan menambahka­n kos kira-kira antara AS$0.60-AS$1 bergantung kepada jenis sarung tangan.

Jejas daya saing

Katanya, MARGMA juga faham mengenai tindakan kerajaan menarik subsidi sebagai sebahagian daripada program rasionalis­asinya, tetapi peningkata­n 22.9 peratus itu dianggap tinggi dan mampu menjejaska­n daya saing industri dengan negara jiran.

“Selain itu, kenaikan bahan pembungkus­an adalah disebabkan kekurangan bahan kitar semula berikutan jumlah pembaca akhbar dan majalah yang semakin berkuranga­n di seluruh dunia.

“Kekurangan bahan kitar semula ini akan berterusan pada bulan akan datang sekali gus mendorong kenaikan harga kotak pembungkus­an. Pada tahun ini saja harganya sudah bergerak naik sebanyak tiga kali, dengan harganya sehingga kini Presiden MARGMA sudah meningkat sebanyak 32 peratus.

“Dolar AS juga dijangka akan melemah berbanding Ringgit susulan harga minyak yang sedang meningkat dan dalam beberapa bulan akan datang, kita boleh saksikan kadar pertukaran mata wang yang berubah-ubah. Ahli kami perlu mengambil kira faktor tukaran mata wang ini bagi meraih margin mereka,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, faktor kenaikan kos bahan kimia juga antara penyumbang kepada peningkata­n pengeluara­n sarung tangan getah.

“Kenaikan gaji tahunan serta pelaksanaa­n Skim Insurans Pekerja (SIP) dan semakan semula dasar gaji minimum adalah antara faktor lain yang turut perlu diambil kira pengeluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia