Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup rendah

Indeks diheret turun oleh aktiviti jualan saham wajaran tinggi

- PENDIDIKAN KESIHATAN PERSARAAN FBMAPMYR FBMAPUSD FBMPALMOIL PEMBINAAN PENGGUNA IND-PROD TRAD/SERV TEKNOLOGI KEWANGAN HARTANAH PERLADANGA­N PERLOMBONG­AN PERINDUSTR­IAN FBMMSCAP UNTUNG RUGI TIDAK BERUBAH HENGYUAN BAT HLFG UTDPLT HAIO AIRPORT PETDAG HLIND TONG

bilion bilion

Bursa Malaysia ditutup rendah semalam, diheret turun oleh aktiviti jualan saham wajaran tinggi, diketuai Sime Darby Plantation dan CIMB.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,713.13, susut 4.73 mata berbanding 1,717.86 pada penutupan Khamis lalu.

Indeks yang dibuka 0.12 mata lebih rendah pada 1,717.98, turun naik antara 1,709.17 dan 1,727.99 di sepanjang hari.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh lemah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 661 berbanding 286 manakala 337 kaunter tidak berubah, 559 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung,

Sime Darby Plantation susut 16 sen kepada RM4.85, CIMB dan Maxis masing-masing susut 10 sen kepada RM5.95 dan RM5.83, manakala IJM Corp turun 19 sen kepada RM2.90.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 1.80 bilion unit bernilai RM2.57 bilion berbanding 2.47 bilion unit bernilai RM6.03 bilion Khamis lalu.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena cuti umum Maulidur Rasul.

“Ringgit lebih tinggi hari ini, yang menunjukka­n kemasukan dana asing yang baik dalam pasaran ekuiti, namun kedudukan secara menyeluruh­nya lemah. Saya jangkakan pelabur tempatan mengurangk­an kedudukan masingmasi­ng menjelang akhir tahun,” kata peniaga.

Pada jam 5 petang, ringgit meningkat ketara berbanding dolar AS kepada 4.0600/0630 daripada 4.0875/0915 Khamis lalu.

Saham wajaran tinggi lain, TNB melonjak 12 sen kepada RM15.58, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM20, Petronas Chemicals menokok tiga sen kepada RM7.43 dan Maybank tidak berubah pada RM9.25.

Meningkat 12 sen

Bagi kaunter aktif, Sime Darby meningkat 12 sen kepada RM2.30, Green Packet menokok 1.5 sen kepada 42.5 sen, DGB Asia tidak berubah pada 14 sen sen, Berjaya Corp turun dua sen kepada 35.5 sen manakala Hubline dan China Stationery masing-masing merosot setengah sen kepada 11 sen dan satu sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas merosot 48.49 mata kepada 12,359.82, Indeks FBMT 100 turun 44.72 mata kepada 12,024.74, Indeks FBM Emas Syariah merosot 80.66 mata kepada 12,839.49 manakala Indeks FBM 70 turun 99.82 mata kepada 15,340.66.

FBM Ace merosot 72.75 mata kepada 6,238.88.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 22.94 mata kepada 15,903.39, Indeks Perladanga­n turun 30.42 mata kepada 7,863.77 dan Indeks Perusahaan susut 9.27 mata kepada 3,163.62.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.20 bilion unit bernilai RM2.47 bilion berbanding 1.83 bilion unit bernilai RM5.94 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat sedikit kepada 395.17 juta saham bernilai RM66.35 juta berbanding 348.22 juta saham bernilai RM63.38 juta yang direkodkan sebelumnya.

Jumlah waran merosot kepada 200.50 juta unit bernilai RM32.33 juta berbanding 287.43 juta unit bernilai RM26.37 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 105.32 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (240.66 juta), pembinaan (52.67 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (470.72 juta), teknologi (73.97 juta), infrastruk­tur (6.94 juta), SPAC (1.17 juta), kewangan (65.37 juta), hotel (1.26 juta), hartanah (133.89 juta), perladanga­n (43.65 juta), perlombong­an (80,400), REIT (6.79 juta) dan dana tertutup (95,500).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia