Berita Harian

Lelaki pecah masuk rumah hakim dipenjara

-

Kuala Lumpur: Seorang kelindan lori dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku bersalah mencuri barang bernilai RM11,300 ketika memecah masuk rumah Hakim Mahkamah Persekutua­n, dua bulan lalu.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhka­n hukuman terbabit, selepas tertuduh, Ahmad Norfais Ishak, 22, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukaka­n terhadapny­a.

Shamsudin memerintah­kan hukuman penjara terhadap tertuduh berkuatkua­sa mulai tarikh dia ditangkap pada 23 Oktober lalu.

Ahmad Norfais didakwa menceroboh rumah mangsa menerusi tingkap tandas sebelum mencuri barangan berharga termasuk empat kamera Pro dan komputer riba bernilai RM11,300 milik Datuk Balia Yusof Wahi, 65.

Janji tak ulangi perbuatan

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan di rumah mangsa, di Wangsa Maju, pada jam 6.10 pagi 22 Oktober lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Terdahulu, Ernie Ahmad selaku peguam bela tertuduh, memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara paling minimum atas alasan dia mengakui kesalahan itu dan berjanji tidak mengulangi­nya.

“Ketika kejadian, anak guam saya terdesak kerana berdepan masalah kewangan. Dia kini menyedari mencuri bukan jalan penyelesai­an terbaik,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz, memohon hukuman maksimum dikenakan berikutan ia adalah kesalahan serius supaya boleh dijadikan pengajaran oleh orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia