Berita Harian

Transforma­si pendidikan tinggi sejajar Industri 4.0

KPT akan menambah baik beberapa aspek seiring perkembang­an teknologi

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Muhammad Faiz Othman

Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanak­an lebih banyak transforma­si pendidikan tinggi sejajar Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) yang berlaku di peringkat global.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata sejak dua tahun lalu, kementeria­n melakukan reka bentuk sistem pendidikan tinggi bertepatan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Beliau berkata, antara yang dilakukan adalah memperkena­lkan Purata Nilai Gred Keseluruha­n Berintegra­si (ICGPA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Fakulti (CEO) atau Ceo@fakulti di universiti awam (UA).

Katanya, program ICGPA dan Ceo@fakulti yang mula dikenali di peringkat antarabang­sa hanya dilaksanak­an di negara ini dan menarik perhatian negara lain.

Bertaraf antarabang­sa

“PPPM 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang selaras Industri 4.0 sudah mula membuahkan hasil apabila 10 penyelidik kita diiktiraf bertaraf antarabang­sa tahun ini berbanding lapan orang tahun lalu.

“Inilah yang dinamakan peningkata­n berterusan atau Soaring Upward dan kita tidak takut melakukan transforma­si berterusan demi kepentinga­n graduan supaya bertaraf antarabang­sa sejajar Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Pendidikan (MYHEF) 2017: Mereka Bentuk Pendidikan Untuk Industri 4.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.

Industri 4.0 mencakupi teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini serta memerlukan perubahan seiring transforma­si digital untuk kekal berdaya saing.

Pada masa sama, Idris yakin negara mampu melahirkan graduan berkualiti dan memenuhi pasaran industri dengan mereka bentuk sistem pendidikan dalam Industri 4.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia