Berita Harian

Pertemuan semula lepasan Maktab Gaya

-

Kuala Lumpur: Selepas 42 tahun menamatkan kursus perguruan, seramai 70 pesara guru lepasan Maktab Perguruan Gaya (MPG), Kota Kinabalu, yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dari seluruh negara berkumpul semula di Ranau, baru-baru ini.

Program empat hari disertai pesara guru lepasan MPG sesi 1975/76 dan sesi 1976/77 itu diisi dengan lawatan ke beberapa lokasi tumpuan pelancong di daerah tanah tinggi itu termasuk Desa Cattle di Kundasang dan ladang Sabah Tea di Ranau.

Jurucakap penganjur, Shamiun Salleh, berkata objektif kunjungan ke Kundasang dan Ranau adalah untuk mengimbau kembali kenangan semasa bertugas di Sabah dan dua lokasi itu adalah tempat percutian pilihan mereka bersama keluarga dan murid.

“Di samping itu, pesara guru terbabit juga berpeluang menikmati panorama kawasan pertanian, penternaka­n dan pelanconga­n mencakupi penanaman sayur, buah-buahan tanah tinggi serta penternaka­n lembu, selain pelanconga­n inap desa.

Imbas nostalgia

“Kami menjadikan Kundasang sebagai tempat beramah mesra dan mengimbas nostalgia, manakala Ranau tempat mengukuhka­n silaturahi­m dan persahabat­an,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Shamiun berkata, antara tetamu kehormat program itu adalah bekas Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk James Alip yang juga lepasan MPG dan bekas Pengetua MPG, Datuk Rita T Jaafar.

“Ibarat sirih pulang ke gagang, pesara guru berkenaan juga melawat IPG Kampus Gaya yang antara lain untuk melihat perkembang­an terkini latihan perguruan di institusi pendidikan itu, selain melawat bilik kuliah serta asrama yang pernah mereka diami dahulu,” katanya.

 ??  ?? Shamiun (depan) bersama antara bekas guru pelatih lepasan Maktab Perguruan Gaya yang menyertai program di Ranau.
Shamiun (depan) bersama antara bekas guru pelatih lepasan Maktab Perguruan Gaya yang menyertai program di Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia