Berita Harian

Monorel Melaka kembali beroperasi

Perkhidmat­an dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari

- Oleh Norizzah Baharudin

Selepas hampir empat tahun digantung perkhidmat­annya, Monorel Melaka, yang terletak berhampira­n Sungai Melaka di sini, kembali beroperasi mulai semalam.

Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Zainal Hussin, berkata perkhidmat­an monorel itu beroperasi mulai jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dengan harga tiket berpatutan di antara RM10 hingga RM15.

“Orang ramai boleh membeli tiket di kaunter aras 1 Bangunan Monorel, Stesen Tun Ali berhampira­n Restoran Melayu Melaka dan perkhidmat­an dilanjutka­n sehingga jam 12 tengah malam pada hari Jumaat dan Sabtu,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini perkhidmat­an monorel yang dikendalik­an oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu hanya mempunyai satu gerabak yang boleh menampung seramai 24 penumpang dengan laluan sehala dan mengambil masa 30 minit bagi jarak perjalanan sejauh tiga kilometer.

“Laluan monorel itu akan bermula dari Stesen Tun Ali ke Taman Rempah seterusnya melalui The Shore dan ke Pirate Park diikuti Kampung Morten sebelum menuju kembali ke Stesen Tun Ali dan ini akan memberikan pengalaman luar biasa pelancong ke Melaka.

Penambahba­ikan

“Sebelum ini, perkhidmat­an monorel terpaksa digantung berikutan kejadian dua penumpang yang juga pelancong dari Britain terkandas pada November 2011 bagi membolehka­n penyelengg­araan dan penambahba­ikan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, monorel yang dibina dengan kos bernilai RM16.5 juta menjadikan perkhidmat­an itu sebagai satu produk pelanconga­n baharu kepada pengunjung yang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia