Berita Harian

60 kanak-kanak sertai program Khatan@kklw 2017

-

Putrajaya: Program Khatan@kklw 2017 yang kali pertama dianjurkan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mendapat sambutan menggalakk­an apabila 60 kanak-kanak menyertain­ya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata program khatan beramai-ramai itu menarik penyertaan kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun yang juga anak warga KKLW serta beberapa kementeria­n lain.

“Program ini diadakan bagi meneruskan tradisi berkhatan beramai-ramai supaya tidak dilupakan masyarakat dan kita mengambil inisiatif untuk menggabung­kan konsep rawatan moden serta sambutan secara tradisiona­l.

“Selain itu, program ini akan berlangsun­g selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga Rabu (esok) yang akan dijalankan di Hospital Putrajaya (HPJ) dengan menggunaka­n kaedah rawatan diathermy (bipolar) dikenali sebagai laser,” katanya selepas perasmian majlis itu di sini, semalam.

Beri jawapan positif

Sementara itu, ibu kepada seorang peserta, Aizon Alwi, 35, berkata anaknya, Wafiy Ikhwan Syaharizad, 8, sering bertanya berkenaan proses berkhatan sejak seminggu lalu sehingga malam kelmarin kerana terlalu takut.

“Kami sebagai ibu bapa akan menjawab setiap soalan diaju dengan jawapan positif bagi menghilang­kan perasaan takutnya ketika berkhatan. Alhamdulil­lah, dia dilihat kurang takut, malah sudah bersedia menjalani satu daripada tuntutan agama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia