Berita Harian

Lif kereta parkir bertingkat tarikan Hotel Mei

Boleh muatkan 35 kenderaan dalam satu masa

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Lif untuk akses ke parkir bertingkat muncul sebagai keunikan ditampilka­n Hotel Mei di Jalan Abu Siti di sini, sekali gus menjadi lokasi pertama menyediaka­n kemudahan itu di negeri ini.

Malah, kemudahan parkir ber ting yang boleh memuatkan se hingga 35 kenderaan dalam satu masa itu bakal memudahkan pengunjung yang mahu menginap di hotel menawarkan pelbagai kategori bilik.

Pengurus Hotel Mei, John Kim, berkata lif itu boleh memuatkan pelbagai jenis kenderaan dengan berat maksimum dua tan, termasuk kereta jenis sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) serta motosikal.

Selain itu, katanya, ia berfungsi mengikut lot parkir ditetapkan kepada pelanggan ketika mendaftar masuk ke hotel dengan dua lif, masingmasi­ng satu untuk naik dan menurunkan kenderaan pengunjung.

“Pelanggan diberi peluang merasai sendiri pengalaman membawa naik atau turun kenderaan mereka, selain keseluruha­n proses berkenaan dibantu dan dipantau kakitangan hotel bertugas.

“Lif parkir ini akan memudahkan pengunjung kerana mereka tidak bimbang mendapatka­n lot parkir ketika menginap di Hotel Mei,” katanya kepada BH, barubaru ini.

Boleh muatkan 200 orang

Hotel Mei yang beroperasi sejak 4 Oktober lalu turut dilengkapi kemudahan tiga bilik seminar di tingkat 12B dan dewan yang berkapasit­i hampir 150 orang pada satu masa dengan kemudahan hidangan berkonsepk­an bufet.

Malah, Hotel Mei turut menawarkan balkoni yang mengetenga­hkan konsep ruang terbuka dengan pengunjung dibenarkan merokok dan makan durian di ruang berkenaan.

Pengunjung yang menginap di hotel itu juga berpeluang menjalanka­n aktiviti barbeku di balkoni tetapi perlu dimaklumka­n kepada pengurusan bagi tujuan penyelaras­an.

Menceritak­an keunikan Hotel Mei, Kim berkata, bangunan Pengurus Hotel Mei

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia