Berita Harian

PPZ- MAIWP tawar 100 hadiah cabutan bertuah

-

Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakatmajli­s Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZMAIWP) menawarkan 100 hadiah menarik untuk cabutan bertuah bagi pembayar zakat sepanjang bulan ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, berkata cabutan bertuah itu akan diberikan kepada pembayar zakat yang membayar di kaunter PPZMAIWP dan menerusi laman web.

“Cabutan bertuah ini akan dilakukan setiap hari dengan sekali cabutan saja iaitu bermula 1 hingga 29 Disember ini.

Cenderahat­i untuk kanak-kanak

“Pada 30 hingga 31 Disember pula, pihak kami akan melakukan 20 cabutan bertuah,” katanya pada sidang media di PPZMAIWP, di sini, semalam.

Katanya, PPZ MAIWP juga akan memberikan beberapa cenderaha ti lain dalam kempen ‘Year End Zakat’ (YEZ) berkenaan.

“Pihak kami tidak saja memberi cenderahat­i kepada pembayar zakat, malah manamana ibu bapa yang membawa anak mereka ketika membuat pembayaran turut diberikan cenderahat­i kepada kanakkanak terbabit.

“Ini bertujuan mendidik anakanak memahami kewajipan menunaikan zakat,” katanya.

Galak bayar zakat

Abdul Hakim berkata, 11 kaunter PPZMAIWP dibuka tujuh hari sepanjang bulan ini termasuk cuti umum.

“Ini satu daripada langkah bagi menggalakk­an pembayar zakat menunaikan kewajipan mereka sebelum berakhirny­a bulan ini.

“Semua kaunter ini akan beroperasi bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang, manakala pada 26 hingga 31 Disember pula, waktu beroperasi adalah jam 8.15 pagi hingga 8 malam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia