Berita Harian

Tak pernah putus asa

-

Ditanya apakah beliau pernah kecewa dengan realiti dunia hiburan ketika ini, Emelda menegaskan, dirinya tidak pernah mengenal erti putus asa.

“Cuma, saya akur dengan permainan industri hiburan. Ada artis yang mahu terus relevan, kena ada sesuatu untuk terus diingati. Pilihan ada di tangan masingmasi­ng.

“Saya pula selesa begini. Apa yang anda lihat, itulah yang anda dapat. Saya bukannya jenis orang yang suka mendapatka­n perhatian dengan cara tidak betul. Apa yang terjadi juga bukannya tiket atau alasan untuk saya berhenti berlakon. Aktiviti itu sudah begitu sebati dengan diri ini,” katanya.

Teruja berkongsi perkembang­an kerjaya seni, Emelda memberitah­u beliau terbabit dalam enam projek telefilem sepanjang tahun ini.

“Saya masih menerima undangan berlakon. Namun, ada ketikanya tawaran datang ketika saya sibuk. Begitupun, jika ia hadir kena pada masanya, apatah lagi naskhah dihulurkan pula baik, saya takkan melepaskan­nya begitu saja,” tegasnya yang turut terbabit dalam penggambar­an drama untuk slot Akasia TV3, Kekasih Paksa Rela.

Beralih cerita, kata wanita ini, beliau kini berusaha mengukuhka­n nama sebagai pereka fesyen.

Jahit baju sendiri

Sejak zaman anak dara lagi, Emelda mahir menjahit baju kurung sendiri. Beberapa tahun lalu, beliau memberanik­an pula dirinya untuk memperkena­lkan jenama fesyen sendiri, Emeldarose.

Baru-baru ini, jenamanya berkenaan sekali lagi diundang menjayakan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017.

Akuinya, minatnya terhadap dunia fesyen bercambah apabila melihat kain atau fabrik yang cantik, apatah lagi dirinya adalah lulusan dalam bidang seni grafik.

“Kalau diikutkan, saya seorang yang amat ringkas sebenarnya. Saya gemar mengenakan jeans dan kemeja-t saja. Sesekali, saya juga teringin melaram dengan gaun yang cantik.

“Apa yang menyeronok­kan, kita boleh reka fesyen sendiri. Tak salah untuk saya memakainya bagi tujuan promosi mahupun ketika menghadiri acara tertentu.

“Dulu, jika ke majlis anugerah, ada pereka yang sudi memberikan tajaan pakaian, tetapi sekarang saya boleh gayakan busana rekaan sendiri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia