Berita Harian

Syamel idam miliki rumah sendiri

-

Sempena pertambaha­n usianya, November lalu, Syamel memaklumka­n mahu memiliki sebuah rumah sebagai persediaan untuk masa depan.

Menurut anak muda berbakat besar ini, meskipun terdetik di hatinya untuk menukar kereta dan motosikal baharu, seperti rakan sebaya lain, namun dirinya harus lebih bijak dalam membuat pilihan.

“Bohong kalau saya katakan tidak teringin menukar kereta atau motosikal baharu, tetapi apabila difikirkan balik, lebih baik saya membuat pelaburan berbaloi.

“Usia mencecah 24 tahun, bulan lalu, saya perlu mula mengumpul aset sebagai persediaan masa depan,” katanya kepada HIP.

Bertuah ada sokongan padu

Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu juga berkata, beliau sudah pun membuat tinjauan ke atas beberapa kediaman yang bakal dibeli.

“Ketika ini, saya sedang membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kemampuan. Jika semuanya berjalan dengan sempurna, saya akan memiliki sebuah rumah pada tahun depan,” kata bakat kelahiran program Akademi Fantasia (AF) 2015 ini.

Bercerita lanjut, Syamel turut berharap sempena ulang tahun hari lahirnya pada 26 November lalu, beliau terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa murah rezeki.

“Saya bersyukur kerana dikurniaka­n keluarga, sahabat, rakan dan peminat yang sentiasa ada bersama serta tidak jemu memberikan sokongan.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada pihak media yang tidak putus-putus memberikan liputan dan nasihat berguna sejak keluar daripada program AF 2015 sehingga hari ini,” katanya.

Tumpu pada vokal

Mengenai persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32, Februari tahun depan pula, Syamel yang layak menerusi karya berjudul Lebih Sempurna dan Aku Cinta (duet bersama Ernie Zakri) berkata, beliau memberikan tumpuan pada aspek vokal.

 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] ??
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Emelda di sisi suami, Adlin.
Emelda di sisi suami, Adlin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia