Berita Harian

Karya tarik perhatian Broery, Hetty

-

Perjalanan­nya sebagai pemuzik orkestra bersama Datuk Johari Salleh selama 16 tahun pula menjadi pencetus kepada perubahan muzik dalam masyarakat Melayu, yang sebelum itu dipelopori bakat dari Filipina.

Tidak hanya terhenti sebagai pemuzik orkestra, Datuk Seri Dr Ahmad Nawab Khan terjun pula ke bidang penerbitan album di syarikat rakaman EMI.

“Ketika di Kuala Lumpur, saya ada mencipta sebuah lagu berjudul Hiburkanla­h Hatiku yang dinyanyika­n oleh Rahim Omar dan dipopulark­an semula oleh (Datuk) Sharifah Aini.

“Selepas 16 tahun bersama Orkestra RTM, saya dapat peluang bekerja dengan EMI sekitar 1970, sebagai penerbit. Artis pertama yang bekerjasam­a dengan saya ialah Kassim Masdor sebelum bersama Sharifah Aini dan Uji Rashid,” katanya.

Belajar karakter artis

Katanya, bukan kerja yang mudah untuk membentuk seorang artis dan menyiapkan sesebuah album kerana beliau terlebih dulu perlu mencari kesesuaian antara lagu dengan penyanyi.

“Saya belajar karakter seseorang penyanyi itu sebelum mendapatka­n lagu sesuai. Saya tengok penyanyi itu, saya sudah boleh agak sama ada dia boleh menyanyi ataupun tidak.

“Bakat Uji umpamanya saya kesan ketika dia menyertai program Bakat TV bersama rakannya, Fauziah Nawi, menerusi kumpulan 2F.

“Kemudian muncul Hail Amir yang diperkenal­kan oleh adik saya, Omar Khan. Ketika itu, dia seorang penari kebudayaan di Pulau Pinang. Wajah Kesayangan Hamba adalah lagu pertama yang saya hasilkan untuknya,” katanya yang mendapat ilham menghasilk­an lagu itu selepas mendapat sepucuk surat daripada seorang wanita dari Sabah yang tertulis, Wajah Kesayangan Hamba.

Ikhlas bentuk penyanyi

Meskipun ada segelintir artis yang dibentukny­a bagai sudah melupakan dirinya, Ahmad Nawab menganggap tugas mengangkat bakat dimiliki seseorang penyanyi itu sudah pun terlaksana.

“Saya bentuk penyanyi dengan ikhlas dan tidak pernah mengharapk­an apaapa balasan mahupun ucapan terima kasih.

“Sewaktu saya jumpa Salamiah Hassan, saya ada menawarkan kepadanya peluang untuk menjadi penyanyi. Tetapi, dia cakap tidak minat dan kalau mahu, dia minta saya berjumpa dengan bapanya untuk meminta izin.

“Saya juga pernah mendapat panggilan dari Kuching, Sarawak, mengenai penahanan (Datuk) Jamal Abdillah. Sepanjang kes itu berlangsun­g, sayalah yang menguruska­n dan melantik peguam untuk membebaska­n dirinya daripada lokap,” katanya yang amat mengambil berat soal kebajikan artis di bawahnya.

Karya pikat artis seberang

Ciptaan Ahmad Nawab bukan sekadar dinyanyika­n oleh penyanyi negara ini, malah ia turut menyeberan­g ke negara jiran seperti Indonesia.

Menurutnya, beliau sendiri tidak menyangka apabila hasil sentuhanny­a turut mendapat perhatian penyanyi terkemuka Indonesia ketika itu, Broery Marantika. Apatah lagi penyanyi terbabit dikatakan sukar menerima karya dari luar.

“Pada 1975, saya menghasilk­an lagu Hapuslah Air Matamu bersama seorang penulis lirik dari Sabah. Ketika itu, saya tanyakan kepadanya, siapa penyanyi yang sesuai menyanyika­n lagu ini? Dia kata, Broery Marantika. Pada mulanya saya tidak berapa yakin, tetapi penerbit saya kata, kita cuba hantar dulu.

“Sungguh saya tak sangka, dia sudi menyanyika­n lagu itu. Sejak itulah dia mula tertarik dengan karya saya dan dia juga ada menulis lagu berjudul Sabar Menanti. Saya dengar balik lagulaguny­a untuk mendapatka­n inspirasi sebelum menghasilk­an lagu untuk penyanyi itu.

Pernah naik turun mahkamah

“Perkenalan itulah juga yang membawa kepada pertemuan dengan Hetty Koes Endang, yang turut mahukan saya menghasilk­an lagu untuknya,” katanya.

Bercerita mengenai antara cabaran pernah dilaluinya selaku komposer ternama, Ahmad Nawab berkata, dirinya pernah diheret ke mahkamah selepas perpindaha­nnya daripada syarikat EMI ke Warner Music.

Katanya, kes itu bermula apabila beliau membawa karya yang dihasilkan untuk Datuk Sudirman Arshad ke syarikat rakaman baharu itu.

“Saya ambil Sudirman masuk ke dalam EMI dan hasilkan lagu

dan Gugur Di untuknya. Selepas kedatangan Broery, saya berpindah ke Warner Music dan lagulagu ini saya bawa ke syarikat baharu sebab ia karya saya.

“Tak sangka saya kena naik mahkamah sebab ‘mencuri’ lagu yang dikatakan milik EMI ke Warner Music. Lagu ini hak saya dan saya boleh berikan kepada sesiapa saja penyanyi yang saya suka,” katanya.

Orang kuat muzik latar filem

Mengimbau sejarah lama juga, kata maestro muzik berusia 84 tahun ini, ketika masih berkhidmat dengan Orkestra RTM, beliau pernah menjadi pencipta muzik latar untuk filem Studio Merdeka sekitar 1960.

Sebelum kedatangan Tan Sri P Ramlee ke Studio Merdeka, Ahmad Nawab ialah antara insan terpenting dalam penghasila­n muzik latar sesebuah filem dan pernah terbabit dalam pembikinan lebih 80 judul.

“Sebenarnya, P Ramlee tak pandai bermain saksofon seperti yang kita tonton dalam filem. Saya yang memainkann­ya. Cuma, dia seorang pengarah dan pelakon yang pandai menjiwai watak. Dia berjumpa saya minta ajarkan cara memegang dan gayakan instrumen itu,” katanya.

Tubuh syarikat rakaman sendiri

Tidak mahu bakatnya terhad sekadar sebagai pencipta, penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit, Ahmad Nawab menyimpan impian lebih tinggi dalam industri muzik.

“Apabila saya sudah miliki semua itu, saya tubuhkan pula syarikat Nawab Production yang turut menaungi (Datuk) Nassier Wahab. Semangat saya kuat sejak bekerja dengan syarikat rakaman gergasi sebelum ini dan dari situ, ia menyuntik semangat saya untuk menubuhkan syarikat sendiri,” katanya.

Namun, menguruska­n syarikat sendiri tidak terlepas daripada cabaran, termasuk aktiviti cetak rompak.

“Masalah cetak rompak ini satu gejala yang sukar dibendung sejak dulu lagi. Sebagai penerbit syarikat rakaman, kita ikutkan saja apa yang mereka lakukan, tetapi alhamdulil­lah perjalanan syarikat tidak terganggu,” katanya yang pernah membintang­i filem Hapuslah Air Matamu bersama Sharifah Aini.

 ??  ?? Uji Rashid
Uji Rashid
 ??  ?? Nassier Wahab
Nassier Wahab
 ??  ?? Salamiah Hassan
Salamiah Hassan
 ??  ?? Hetty Koes Endang
Hetty Koes Endang
 ??  ?? Hail Amir
Hail Amir
 ??  ?? Broery Marantika
Broery Marantika

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia