Berita Harian

Set hadiah musim perayaan Guardian

-

Kuala Lumpur: Seiring dengan kesedaran pengguna terhadap penggunaan produk kesihatan dan kecantikan berkualiti, Guardian Malaysia tampil dengan rangkaian set hadiah istimewa menjelang musim perayaan yang bakal tiba.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen, berkata selari dengan konsep Guardian yang sentiasa menitikber­atkan kepentinga­n produk berkualiti pada harga berpatutan, set hadiah ini adalah pilihan tepat untuk diberikan kepada insan tersayang.

Katanya, set hadiah ini terdiri daripada produk kesihatan dan kecantikan terpilih serta dibungkus teliti setanding dengan trend global bagi memenuhi gaya hidup pelanggan pada hari ini.

“Kebanyakan produk dari Asia dan daripada Own Brand Guardian. Kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ia menawarkan kualiti pada nilai hebat.

“Sejak Guardian bertapak 50 tahun lalu, kami berbangga kerana dapat menawarkan produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Pelanggan kami tahu Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika ingin mencari set hadiah menarik untuk yang tersayang,” katanya.

Reputasi Guardian

Soren berkata, sejak itu reputasi Guardian berkembang ke seluruh negara dan memiliki lebih daripada 420 stor yang menawarkan perkhidmat­an kepada tiga juta pelanggan setiap bulan.

“Kami menetapkan beberapa keutamaan dalam perniagaan antaranya menjadi sahabat sejati, berhubung dan seterusnya membantu memenuhi keperluan pelanggan

“Guardian Malaysia percaya rangkaian set hadiah ini cukup untuk memenuhi selera pengguna sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikat­ed,” katanya.

Rangkaian set hadiah itu dijual pada harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.

 ?? [ FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Rangkaian set hadiah Guardian sempena musim perayaan.
[ FOTO IHSAN PEMBACA ] Rangkaian set hadiah Guardian sempena musim perayaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia