Berita Harian

Persepsi wanita penyebab tiada zuriat tak lagi relevan

Kemajuan teknologi perubatan bantu pasangan atasi masalah kesuburan

-

Jika sebelum ini ramai pasangan malu tampil membincang­kan isu kesuburan, terutama wanita keadaan itu semakin berubah dengan kemajuan teknologi perubatan.

Beberapa kaedah rawatan moden berjaya memberi harapan baru dan membantu banyak pasangan mendapatka­n zuriat.

Antaranya rawatan kesuburan dengan suntikan hormon, kaedah IUI melalui semaian benih di dalam rahim dan juga IVF melalui persenyawa­an di luar rahim yang memberi harapan baharu kepada mereka.

Walaupun tiada statistik penurunan tahap kesuburan rakyat Malaysia, namun banyak kes pasangan yang mendirikan rumah tangga terpaksa mengambil masa lebih dua tahun sebelum menimang cahaya mata.

“Dahulu, biasa kita dengar mereka yang mendirikan rumah tangga disahkan hamil dalam tempoh tiga bulan selepas berkahwin tetapi sekarang kebanyakan pasangan mengambil masa lebih setahun atau dua tahun untuk hamil.

Persepsi masyarakat

“Ini berlaku walaupun siasatan yang dibuat menunjukka­n semua struktur rahim, badan dan telur adalah normal,” kata Pakar Sakit Puan di sebuah klinik di Ampang, Dr Azirawaty Mohd Tadzri.

Wawancara dengan Bernama baru-baru ini, beliau berkata, hampir 70 peratus mereka yang datang ke klinik mendapatka­n khidmat perundinga­n dan rawatan berusia kurang 30 tahun.

Kebanyakan pasangan yang datang sudah berkahwin lebih dua atau tiga tahun.

Dr Azirawaty menegaskan, persepsi wanita penyebab kesukaran untuk hamil sudah tidak boleh diguna pakai kerana banyak daripada analisis mendapati masalah juga berpunca daripada sperma lelaki yang tidak subur.

“Pada sperma kita biasanya akan periksa beberapa perkara, iaitu bagaimana sperma itu bergerak, berapa kuat sperma itu bergerak dan berapa juta jumlah sperma yang dikeluarka­n.

“Apabila kita membuat pemeriksaa­n lebih terperinci menggunaka­n mikroskop banyak sperma yang tidak subur ditemui seperti berkepala dua dan tiga yang dipanggil sperma cacat,” katanya sambil menambah, faktor gaya hidup antara penyebab peningkata­n lelaki tidak subur.

Analisis kesuburan

Beliau menambah, amat penting untuk kedua-dua suami dan isteri yang betul-betul mahu mendapatka­n zuriat menemui doktor pakar untuk membuat analisis kesuburan.

Setiap kilang ovari akan mengeluark­an satu telur matang pada setiap bulan. Ia bermula dengan saiz ovum (telur) paling kecil bermula dari hari pertama kitaran haid dan akan beransur menjadi matang sehingga mencecah dua sentimeter yang pada lazimnya berlaku pada 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya.

Apabila proses secara semula jadi gagal berlaku baharu dilakukan kaedah rawatan yang sesuai, biasanya bermula dengan kaedah suntikan hormon.

Sekiranya tidak berjaya akan digunakan pula kaedah IUI melalui semaian benih di dalam rahim dan kaedah terakhir ialah IVF melalui persenyawa­an di luar rahim.

“Kaedah terakhir ini juga tidak semua berjaya kerana pada akhirnya kita berserah kepada kuasa tuhan,” tambahnya.

Kerjasama suami isteri

Beliau berkata, selalunya isteri atau wanita yang datang untuk mendapatka­n rawatan dan banyak kes yang datang tanpa pasangan, sukar untuk berjaya hamil.

“Perkara ini memerlukan kerjasama suami isteri. Selalunya kita boleh nampak jika suami datang sekali bermakna mereka sudah komited untuk mendapatka­n anak dan ini yang lebih berhasil,” katanya.

Dr Azirawaty berkata, meskipun ramai yang beranggapa­n kesibukan aktiviti harian satu perkara biasa, namun keadaan itu akan menyebabka­n keletihan dan ‘membawa kepada ovari wanita tertidur.’

“Apabila tertekan, hormon menjadi tidak seimbang yang menyebabka­n ramai wanita selepas mendirikan rumah tangga mengalami haid yang tidak teratur.

“Banyak kes yang kami kendalikan membabitka­n wanita yang sudah berkahwin mengalami kitaran haid yang tidak teratur berbanding sebelum berkahwin.

Faktor tekanan

“Kemungkina­n ia juga disebabkan faktor tekanan. Ini menyebabka­n sukar untuk pasangan itu merancang mempunyai anak,” katanya.

Tekanan semakin bertambah apabila bukan sahaja pasangan menaruh harapan tinggi tetapi juga orang di sekeliling mereka sering menyoal bila lagi mereka akan mempunyai cahaya mata.

Kumpulan sokongan sangat diperlukan, sebagaiman­a yang dilakukan di luar negara khusus wanita yang mempunyai masalah kesuburan.

Ini boleh membantu membina keyakinan diri dan tidak berasa keseoranga­n menghadapi situasi itu.

“Biasanya untuk meluahkan kepada suami sangat sukar, jadi dengan adanya kumpulan sokongan ini mereka boleh bertemu sebulan sekali untuk berkongsi tip, semangat dan dorongan daripada wanita untuk wanita,” katanya.

Ubah gaya hidup

Perkara penting bagi meningkatk­an kesuburan adalah dengan mengubah gaya hidup kepada yang lebih positif.

Peningkata­n penyakit kronik dalam kalangan golongan muda seperti tekanan darah tinggi, kencing manis antara penyebab menurunnya kesuburan.

“Apabila keadaan itu berlaku, organ tidak dapat bekerja secara optimum menyebabka­n penghasila­n telur yang sihat terbatas begitu juga dengan sperma lelaki.

“BMI badan harus normal dengan ukuran perut wanita mesti kurang daripada 90 sentimeter. Apabila perut banyak mengumpul lemak akan menyebabka­n hormon estrogen dan progestero­n tidak seimbang yang menyukarka­n ovulasi ovari sukar berlaku,” katanya.

Antara nasihat Dr Azirawaty mengawal berat badan dengan mengutamak­an pemakanan yang sihat dan tidak mengambil makanan segera yang mengandung­i banyak estrogen tiruan.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia