Berita Harian

Inovasi hyperfoam Bata pertama di dunia

Koleksi kasut sekolah Belite guna teknologi utamakan keselesaan

- Oleh Mahani Ishak

Bata menjadi pengeluar kasut sekolah yang pertama di dunia memperkena­lkan inovasi hyperfoam yang memberi keselesaan, lebih ringan dan rekaan menarik.

Koleksi inovasi baharu untuk pasaran kasut sekolah jenis Belite, menjadikan kasut sekolah selesa seakan kasut sukan.

Ketua Pengurus Produk Bata Malaysia, Sharon Wong, berkata kempen ‘Back to School Bata’ yang terbaru itu mengetenga­hkan rekaan global untuk kasut sekolah, selain terus unggul memenuhi cita rasa terkini.

“Kita bukan sahaja menghasilk­an rekaan kasut yang memenuhi cita rasa terkini, tetapi tetap mengutamak­an keselesaan pelajar untuk dipakai seharian di sekolah atau aktiviti bersukan.

“Dengan teknologi ini, kasut direka dengan tiga ciri unik iaitu untuk kaki ‘bernafas, fleksibel melangkah dan selesa dipakai untuk tempoh lama,” katanya kepada BH.

Koleksi Belite

Wong berkata, paling utama rekaan kasut Belite itu direka menerusi teknologi pelapik kasut hyperform dan memberikan prestasi ultra responsif serta teknologi ultra-ringan untuk kaki.

“Umpamanya, keselesaan kasut ini bukan sahaja seperti memijak ke atas permukaan lembut seperti kusyen, juga alas kalinya boleh ditanggal untuk dicuci atau dibersihka­n,” katanya.

Menariknya, teknologi kasut hyperfoam itu boleh didapati di seluruh dunia, termasuk pasaran negara ini pada harga RM69.99.

“Koleksi Belite ini memberikan keselesaan menyeluruh umpama lembut bak kusyen, selesa, ringan dan lebih penting ia dijual pada harga berpatutan dengan ciri dinamik,” katanya.

Wong berkata, projek kasut sekolah musim baharu disifatkan menakjubka­n berikutan memenuhi keperluan pelanggan yang mengingink­an kasut selesa untuk dipakai seharian oleh anak mereka di sekolah.

Tawar pek promosi

“Dengan inovasi terbabit, Bata yakin memenuhi keperluan pelanggan, berikutan ini adalah kasut kasut sekolah pertama yang direka dengan tahap inovasi, gaya dan teknologi yang mempunyai gabungan kompetitif,” katanya.

Katanya, selain itu Bata juga menawarkan pek promosi kasut dua pasang kasut sekolah sedia ada terpilih pada harga RM69, iaitu jimat RM17 khusus sempena musim cuti sekolah ini.

“Selain promosi RM69 itu, Bata juga menawarkan dua pasang kasut sekolah biasa dan beg pada harga RM99 dengan penjimatan RM33 yang mempunyai tiga pilihan warna.

“Promosi berkenaan itu berlanjuta­n hingga 7 Januari tahun depan adalah sah di lebih 250 cawangan Bata di seluruh negara,” katanya.

Bata juga turut mengeluark­an rekaan kasut sekolah bercirikan karektor adiwira seperti Batman, Hello Kitty dan beberapa karektor kartun lain.

Selain itu, Bata turut melancarka­n kasut sekolah Bfirst Ultralight berharga RM59.99 yang ringan dan selesa dipakai.

Jenama unggul, dipercayai

Sementara itu, Pengurus Bata Malaysia, Ajay Ramachanda­n, berkata pembanguna­n inovasi ibu pejabat Bata global, sekali gus menjadikan Bata sebagai jenama unggul, dipercayai dan berkualiti.

“Kita sangat berbangga menjadi pengeluar kasut dan Malaysia antara pasaran pertama dunia bagi teknologi baharu ini.

“Kita percaya ibu bapa mengingink­an kasut sekolah selesa untuk anak, selain kasut yang ringan dan mempunyai aliran pengudaraa­n sejuk untuk keselesaan dalam tempoh lama,” katanya.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ?? Wong menunjukka­n kasut sekolah jenis Belite kempen Back To School Bata di Kuala Lumpur, baru-baru ini. sempena
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] Wong menunjukka­n kasut sekolah jenis Belite kempen Back To School Bata di Kuala Lumpur, baru-baru ini. sempena

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia