Berita Harian

Hak bertudung perlu dihormati

-

Kuala Lumpur: Pekerja wanita sepatutnya diberikan pilihan, bukan terus dipaksa menanggalk­an tudung semata-mata untuk diterima bekerja di bahagian hadapan khidmat pelanggan di sesebuah hotel.

Pihak hotel sepatutnya bersikap telus kerana Malaysia adalah negara yang majoritiny­a Islam.

Setiausaha Agung Persekutua­n Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM), Shaik Faridhudhe­en Anverdeen, berkata pengurusan hotel perlu menghormat­i hak wanita Islam untuk berhijab.

“Sepatutnya pihak hotel tidak menimbulka­n isu berkaitann­ya kerana seseorang itu tetap profesiona­l tanpa melihat penampilan atau dari pemakaian tudungnya kerana itu haknya menutup aurat.

“Malah, lebih baik wanita tampil berhijab dan mereka bekerja di bahagian hadapan khidmat pelanggan, sekali gus melambangk­an Malaysia sebagai negara Islam,” katanya.

Katanya, majikan tidak sewajarnya menafikan hak wanita bertudung kerana ia bertentang­an dengan Perkara 8 Perlembaga­an Persekutua­n mengenai kebebasan asasi beragama.

Isu berhijab bukan perkara baharu

“Paling dikesalkan adalah pihak hotel ini menetapkan peraturan sendiri seperti melarang terus pemakaian tudung, sekali gus mengambil tindakan bukan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita difahamkan larangan ini dipraktikk­an hotel mewah dan bertaraf antarabang­sa, menggambar­kan mereka tidak peduli dengan hak wanita dan dengan angkuhnya mengatakan jika tidak mahu, pekerja itu harus berhenti,” katanya.

Katanya, isu berhijab bukan perkara baharu dan tidak diselesaik­an secara serius pihak berkenaan hinggakan masalah terbabit jarang diselesaik­an.

“Kenapa perlu membangkit­kan isu sensitif sedangkan Perlembaga­an sendiri memberikan kebebasan asasi beragama.

Tindakan tegas

“Sewajarnya pengurusan hotel mengambil pendekatan adil tidak mendiskrim­inasikan wanita berhijab termasuk mengkaji semula polisinya yang melarang pemakaian tudung untuk kakitangan di bahagian hadapan khidmat pelanggan,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabang­sa Malaysia (UNI-MLC) mengenal pasti 20 hotel lima dan enam bintang di ibu negara melarang pemakaian tudung terhadap wanita yang bekerja di bahagian hadapan khidmat pelanggan.

Perkara itu didedahkan Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie Mammal, sekali gus mengharapk­an Kementeria­n Sumber Manusia mengambil tindakan tegas terhadap hotel supaya tidak lagi wujud sebarang penindasan atau paksaan bagi melindungi maruah pekerja wanita Islam di negara ini.

Pertubuhan sama juga mendedahka­n aduan diterima daripada kakitangan hotel mengenai wujud diskrimina­si terhadap pekerja wanita Islam yang diarahkan menanggalk­an tudung. Setiausaha Agung PERMIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia