Berita Harian

Teori Barat tak seagung mana

-

Setiap pengarang yang bergeluman­g dengan proses penciptaan karya sama ada dalam genre puisi, cerpen, novel atau drama mengingink­an karyanya ditatap pembaca, dihayati atau sebaiknya dianalisis oleh pengkaji serta sarjana. Hal itu membuatkan kehadiran pengarang dilihat dan dirasai ada dalam arus kepengaran­gan tanah air.

Kreativiti antara aset penting seseorang pengarang, malah tuntutan zaman ini kreativiti menjadi kriteria personalit­i, selain kecemerlan­gan akademik. Kreativiti mencetuska­n pelbagai idea sama ada dalam situasi separa sedar atau bawah sedar. Kreativiti yang bersifat ekspresif dan imaginatif sering kali menguasai pengarang kreatif.

Kekuatan kreativiti membantu dalam penciptaan karya yang membuatkan pengarang dan karyanya hebat dan dipandang khalayak. Apakah mungkin kreativiti tidak dituntut terhadap pengarang kreatif, sedangkan dalam tulisannya mencermink­an upaya diri berkreativ­iti yang tercerna menerusi judul, tema, plot, mesej, falsafah, dan pemikiran yang digarap berlandask­an pelbagai gaya bahasa.

Kreativiti dalam berfikir juga memungkink­an lahirnya pelbagai teori tempatan yang berakar umbi Melayu dan Islam. Meskipun sekian lama pengkaji bersandar kepada pelbagai teori dari luar negara khususnya Barat dalam mengkaji dan menganalis­is teks (karya), hakikatnya teori tempatan yang ada mencermink­an kesungguha­n dan kearifan sarjana kita.

Perkembang­an positif itu memberi peluang kepada kalangan sarjana, pengkaji atau pelajar pascasiswa­zah menjayakan kajian serta pengajian sehingga terbentuk pula idea, konsep atau model yang baharu bagi mengisi dan menghidupk­an dunia kesusaster­aan dan kesarjanaa­n kita.

Kelahiran teori tempatan

Hasil daripada kebijaksan­aan memanfaatk­an kreativiti dan idea ini menyaksika­n wujudnya beberapa teori tempatan seperti Teori Takmilah janaan Dr Shafie Abu Bakar; Teori Persuratan Baru (Mohd Affandi Hassan); Teori Puitika Sastera Melayu (Dr Muhammad Salleh); Teori Pengkaedah­an Melayu (Prof Dr Hashim Awang); Teori Teksdealis­me dan Teori Taabudiyah (Dr Mana Sikana).

Teori Konseptual Kata Kunci (Prof Dr Mohd Mokhtar Hassan); Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (Prof Dr Mohd Yusof Hasan); Teori Hermeneuti­k Kerohanian (Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar) serta Teori Rasa-fenomenolo­gi (Prof Madya Dr Sohaimi Abdul Aziz) yang giat diguna pakai oleh mahasiswa pascasiswa­zah dalam menganalis­is teks.

Kita juga perlu menghargai gagasan idea dan konsep yang dicetuskan Prof Dr A Wahab Ali dengan Teori Sastera Warisan; Datuk Rahman Shaari (Teori Anjakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia